Friday, March 14, 2014

Kemungkinan Sabotaj Dan Juga Rampasan Pesawat MH370

Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kenyataan di atas berdasarkan beberapa perkara perihal kehilangan MH370. Antaranya :-

Pesawat berkenaan telah di kendalikan oleh Pilot yang berkemahiran tinggi untuk menuju ke satu destinasi di kepulauan Andaman yang terletak di India. Berpandukan Waypoint yang dihubungkan dengan longitude dan latitude yang digunakan untuk memandu pesawat berkenaan.

Begitu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Akhirnya pelbagai teori telah terhasil demi usaha mencari dan menyelamat MH370 yang di laporkan hilang sejak Sabtu yang lalu. Ini menunjukkan kepada kita betapa kerajaan ini telah berusaha sedaya mampu sekaligus menolak dakwaan segelintir individu kononnya pihak pemerintah tidak serius dalam menangani hal ini.






#jalinanpolitik #PRKKajang #PRAYERFORMH370

No comments: