Tuesday, March 18, 2014

Strategi Anwar Di DUN Kajang Hanyalah Retorik Yang Jelek




Ini persoalan ni. Tujuan awal DUN Kajang dikosongkan adalah untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perancang strategi demi konon melebar luaskan pengaruh PKR di seluruh negara selepas itu menakluk Putrajaya :) 

Oleh sebab itu, tidak ada orang lain yang boleh melakukannya, walaupun sebelum ini DUN Kajang diwakili adalah seorang peguam yang boleh dibonekakan dalam melaksanakan semua strategi yang di rancang oleh Anwar. Pokoknya, strategi Kajang mesti melibatkan tubuh badan Anwar secara total, sebab kalaup tidak, ia tidak akan berjaya, hatta Rafizi pun boleh di tong sampahkan :)

Tapi rupanya, strategi itu hanyalah mainan politik semata-mata selepas Wan Azizah pula yang diangkat sebagai calon. Sedang kalau di kira, Rafizi lagi yang mungkin lebih berkelayakan berdasarkan kedudukan Rafizi sebagai pakar di dalam organisasi PKR. 

Mulanya saya berpendapat begini, pengosongan DUN Kajang mempunyai misi yang sangat ajaib sebab maklum, DUN di kosongkan dengan sengaja tanpa alasan yang jelas dan tidak pun mendapat bantahan dari masyarakat Kajang sebab mungkin telah di jampi oleh Raja Bomoh PKR untuk akur pada apa pun keputusan yang di mahu oleh Anwar. 

Pada sesiapa yang mengikuti tulisan diri pasal politik, yang diri salurkan di laman Facebook, pernah tu saya katakan bahwa Anwar mempunyai strategi politik dalam usaha menakluk Putrajaya di PRU yang akan datang. (bagaimana strategi itu berlangsung, saya masih mahu merahsiakannya) :) 

Tapi rupanya tidak begitu, percaturan politik di DUN Kajang atas kepentingan peribadi semata-mata bila sahaja calon di DUN Kajang bukannya Anwar Ibrahim atau saja Rafizi, kalau pun keputusan Mahkamah Rayuan dijadikan alasan. 

Undilah Calon Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun. 


#jalinanpolitik #PRKKajang

No comments: