Thursday, May 28, 2015

Tidak Semua Anggota Kabinet Tahu Pasal 1MDB, Shafie Apdal




Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan bahawa seluruh anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap masalah syarikat pelaburan negara 1MDB.

Shafie berkata menteri-menteri secara aktif membangkitkan persoalan berhubung 1MDB dalam mesyuarat kabinet.

“Kita anggota kabinet yang bertanggungjawab. Itu sebabnya kita tanya soalan...

“Kita mahu tahu,” kata Shafie kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pada kakitangan terbaik kementeriannya di Putrajaya.

Katanya, kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu.

Justeru, mereka tidak boleh dipersalahkan, katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (atas) bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas masalah 1MDB.

Sumber Malaysiakini.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ni sama juga dengan Tan Sri Sharil Samad. Kenyataan mereka seperti mana  seorang anak yang memaksa ibunya demi sesuatu. Sama ada sang ibu akur atau tidak, tidaklah ia menjadi soal. Maksudkannya desakan atau kenyataan keduanya tidak membawa apa apa makna.

Menurut Tan Sri Sharil Samad, Menteri yang tidak faham dengan pelaburan 1MDB wajar  dinyahkan dari Kabinet. Sebab sebelum ini mereka telah pun dimaklumkan tapi tetap mempersoal transaksi pelaburan 1MDB. Himmm

Mungkin Tan Sri Sharil Samad lupa, yang krisis dan kesan 1MDB terhadap UMNO sangat berkait dengan kefahaman masyarakat bukannya kefahaman dari anggota Kabinet. Maklum anggota Kabinet sendiri mengharapkan sokongan atau undi dari masyarakat. Tanpa masyarakat mereka bukannya siapa siapa atau UMNO bukannya apa. Ertinya selagi masyarakat tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan, selagi itu penafian mereka terhadap UMNO akan menebal.

Jadi tidak ada pentingnya kefahaman dari anggota Kabinet dalam usaha menutup kelemahan 1MDB. Seperti mana perumpamaan anak dan ibu diatas. 😉

Ini Tan Sri seorang ni, rupanya tidak jelas akan bantera UMNO yang kian senget. Sikit miring, boleh terbalik.

Berbalik pada kenyataan Ku Li yang cuba mengheret semua anggota kabinet dalam krisis 1MDB. Dimana semua anggota Kabinet wajar bertanggungjawab keatas krisis 1MDB tidak hanya diletakkan di bahu Perdana Menteri. Sebab sebelum ini mereka telah dimaklumkan.

Hanya satu soalan untuk beliau, kalau benar semua anggota Kabinet telah dimaklumkan dan 1MDB berjalan lancar kenapa hanya pada saat akhir anggota pembangkang mempersoalkannya. Itu menunjukkan, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal adalah benar, seperti mana diatas.

Ingat artikel atau entri ini tidak bertujuan menafikan kepimpinan PM Najib Razak tapi isu 1MDB yang menjadi topik. Oleh itulah jangan malah berburuk sangka, mempersoal isu di dalam demokrasi bukannya satu  jenayah, ok. Malah proses biasa di dalam demokrasi.


No comments: