Friday, May 29, 2015

Abdul Rahman Dahlan Berbohong.?




Takat kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) berbanding Ku Li dan Tan Sri Shahrir Samad dari konteks 1MDB, jelas dua pemimpin veteran ini lebih berkelayakan, pun begitu masih boleh dipersoalkan, berbanding DARD.

Dalam satu artikel, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendedahkan kononnya Datuk Seri Shafie Apdal telah berbohong sebab menafikan yang semua anggota Kabinet telah diberikan penjelasan perihal masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Rentetan kenyataan Ku Li yang mengesyorkan agar semua anggota Kabinet turut menanggung beban 1MDB. Oleh itulah menurut Datuk Seri Shafie Apdal tidak boleh mereka diheret sama untuk dipersalahkan.

Kurang itu Datuk Abdul Rahman Dahlan juga mendakwa semua masalah 1MDB telah pun dimuatkan di dalam satu buku dan telah pun diagihkan pada semua anggota Kabinet. Jadi tidak ada sebab kenapa masih ada anggota kabinet yang tidak maklum akan masalah yang dihadapi oleh 1MDB lalu mempersoalkannya.

Persoalannya adakah buku atau sheet berkenaan ada mencatatkan secara detail lagi jelas masalah masalah yang dihadapi oleh 1MDB.? Macam tidak.

Sebab kalau kita rujuk pergerakan Tan Sri Shahrir, Pengerusi BN Backbenchers Club. Beliau sering bertemu dengan CEO 1MDB bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Menunjukkan beliau sendiri tidak jelas akan masalah yang dihadapi oleh 1MDB dan buku yang dimaksudkan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak membantu.

Atau kita anggap saja, hanya DARD seorang yang faham akan masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Tapi kenapa beliau mendiamkan diri.?

Jadi betullah apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, tidak semua anggota Kabinet maklum akan masalah yang dihadapi oleh Syarikat 1MDB.

Ini Datuk Abdul Rahman Dahlan ahh, himmm

Kalau sebelum ini beliau menuduh Datuk Seri Shafie Apdal sebagai berbohong, sebenarnya beliau sendiri adalah Pembohong.? Buat buat jelas tapi sebenarnya kabur. Akibatnya kalau terlalu menjilat. Himmm

Klik link di bawah, dimana Tan Sri Shahrir Samad, bertemu dengan CEO 1MDB bagi mendapatkan maklumat lanjut sementara Datuk Abdul Rahman tampil menafikan Datuk Seri Shafie Apdal.

 Shahrir Ulas Pertemuannya Dengan CEO 1MDB  


1 comment:

Suara Rakyat said...

Semua fact sheet sesebuah syarikat mengandung detail2 utama, seperti aset mudah cair. aset tidak bergerak, liabiti, aliran tunai, dan note to the account dgn kata lain summary to the account. Untuk mengetahui performance sesebuah syarikat, memadai melihat fact sheet, seperti mana di amalkan oleh para pelabur di BSKL. Jika anda berkata fact sheet tiada details, ertinya anda tidak tahu itu apa itu fact sheets. Fact (bahasa orang putih, ertinya fakta).