Rafizi mencabar UMNO agar menggugurkan calon yang terpalit dengan isu rasuah. Ini konon untuk mencabar perlaksanaan syarat syarat yang digariskan oleh UMNO, dalam UMNO meletakkan calon mereka di PRU13 sebagai Winnable Candidate. Bermaksud Rafizi memperlekeh keikhlasan UMNO dalam memilih pemimpin.
Rafizi sebenarnya berpolemik disebalik kekurangan pemimpin mereka yang terlibat dengan salah laku liwatnya. Sebab itu beliau mempersoal ketelusan UMNO dalam hal diatas biar nanti kekurangan pemimpin mereka terlindung.
Kalau merujuk pada kenyataan Twitter yang di miliki oleh PKR Bangi, PKR tidak kisah kalau Pak Anwar itu seorang Gay sebab itu pilihan peribadi beliau dan mereka akan tetap mendokong kepimpinan Pak Anwar. Mursidul Pas juga berpendapat yang hampir sama tinggal lagi beliau tidak menyebut kalau Pak Anwar itu sebagai seorang Gay tapi Pak Anwar dikatakan sebagai individu yang cerdik jadi tidak mengapa kalau masyarakat tetap menyokongnya walaupun Pak Anwar itu seorang peliwat. Aneh bukan ?
Apabila di rujuk pada dua kenyataan diatas jelas salah laku pemimpin yang meliwat tidak menjadi isu pada organisasi PR apa yang penting adalah kemenangan di PRU walaupun pada akhirnya negara ini akan rosak binasa angkara pemimpin itu sendiri.
Maka itu ia menimbulkan satu persoalan, yakni mana yang lebih teruk kesannya dari konteks memimpin, pemimpin yang rasuahkah atau pemimpin yang meliwat ?
Saya bagi pihak BN mencabar organisasi PR agar jangan mencalonkan Pak Anwar di PRU mendatang kerana beliau mempunyai salah laku moral yang jijik, ada berani ?
No comments:
Post a Comment