Sunday, March 24, 2013

Bajau Suluk Diperalatkan Oleh Orgnisasi PR

Kalau ada lagi komuniti dalam suku bangsa Bajau Suluk yang cuba memihak PR sedang PR tetap berpolemik dengan kehadiran mereka sebagai Warganegara Malaysia nah memang pasti ada di antara mereka itu yang tidak faham apa ertinya malu.

Hingga sekarang ini organisasi PR masih mempersoal proses pemutihan kaum Bajau Suluk, mereka beranggapan kaum Bajau Suluk adalah pendatang sekaligus tidak layak menetap di bumi Sabah. Lalu bagaimana dengan suku bangsa yang datang dari Indon ?

Mungkin pembaca sudah sedia maklum, untuk menjadi warganegara Malaysia seseorang itu mestilah fasih berbahasa Melayu dan sudah lama menetap di negara Malaysia dan kalau ada individu yang memenuhi syarat tersebut maka dia layak untuk memohon sebagai warganegara. Jadi kenapa lagi dipersoalkan ?

Apa mungkin bangsa ini sengaja di jadikan bahan politik PR untuk menarik perhatian kaum kaum lain bagi memihak mereka menjelang PRU nanti ? Pada satu artikel, mereka konon mendedahkan ada seramai 500 ribu (pendatang tanpa izin) PTI termasuklah kaum Bajau Suluk telah diputihkan dan konon tidak melalui proses yang sah, oleh sebab itulah konon pihak PR menyalahkan UMNO yang telah menyebabkan tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna (Pengganas Sulu/Kiram). Jelek sebenarnya mainan politik mereka, memperalatkan satu satu suku bangsa demi kepentingan politik peribadi mereka. Sebab itulah juga mereka berusaha keras hingga tertubuhnya RCI yang seolah olah khas untuk mempersoal status Kewarganegaraan kaum Bajau Suluk.

Sedang kalau menurut Naib Presiden Penaja Ex USNO yang mengirimkan artikelnya melalui email, yang merujuk pada kenyataan seorang Wanita PKR (Aminah Bte Mahmud) ketika bersidang di sidang media PKR di Johor, Aminah memberitahu bahawa Tun Mustapha adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas pemutihan 500 ribu orang Filipina dan Indonesia di Sabah sebab katanya ketika itu Tun Mustapha menjawat jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Tun telah mendapat arahan dari UMNO pusat, tapi kalau menurut pengirim, pada tempoh itu juga yakni sekitar 1990-1994, Anwar Ibrahim pernah menyandang jawatan Ketua Perhubungan UMNO Sabah bermaksud Anwar Ibrahim juga bertanggungjawab atas pemutihan PTI pada ketika itu, lalu di mana Anwar Ibrahim sekarang, beliau mengetuai parti mana ? Itu, PKR tu.

Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah, kenapa masih ada lagi yang mempersoalkan perkara yang sudah berlalu begitu lama, walhal ia sah pada Perlembagaan Negara ?

Apa lagi kalau menurut Datuk Prof Ramlah Adam pakar sejarah Malaysia ketika ditanya berhubung kewujudkan bangsa Bajau Suluk di Sabah dalam proses inkuiri RCI beliau menjelaskan bahawa pelarian/Warga Bajau Suluk ini berlaku kerana adanya hubungan warisan, pekerjaan, agama dan berkongsi lautan yang sama dengan di negeri Sabah. Bermaksud kaum Bajau Suluk juga berhak tinggal di negeri Sabah atas beberap faktor, yakni sejarah dan kehidupan jadi kenapa masih tetap juga di persoalkan oleh organisasi PKR.

Walaupun isu yang cuba dibangkitkan oleh PKR ini hanyalah polemik politik tapi ia mampu membangkitkan sentimen kaum yang kalau tidak dihentikan ia akan menghasilkan suasana yang huru hara. Lalu dimana semangat kekitaan kaum Bajau Suluk dalam hal ini apa kalian tetap mendokong PKR yang sudah pastinya memperlekehkan kehadiran kalian sebagai warganegara Malaysia ? Ayoh, pertahankan hak anda sepak terajang itu PKR masa depan anda ada bersama pemerintah.


No comments: