Monday, December 15, 2014

Kualiti Pendidikan Di Tempat Anda Semasa GST.

Dengan perlaksanaan GST, tidak ada lagi masyarakat yang terkecuali dari membayar cukai kepada pemerintah. Pada masa yang sama masyarakat pula harus lebih bijaksana di dalam mendapatkan hak atau dalam mempraktikkan hak masyarakat dari konteks demokrasi.

Dan perkara utama yang perlu kalian masyarakat tegaskan ialah sistem atau pentadbiran pendidikan/pelajaran di daerah anda. Persoalkan peruntukan yang telah disalurkan oleh pemerintah dan pemimpin. Kemana sudah dana itu telah dibelanjakan oleh PPD atau saja pihak Sekolah. Harus jelas dari semua aspek, baik dari aspek transaksinya atau saja kesan dari perbelanjaan itu sendiri.

Mendapat khabar peruntukan untuk seorang murid bagi tujuan meningkatkan kemampuan murid telah di seleweng dengan membuat aktiviti aktiviti yang membuang masa, tidak ada faedah. Bayangkan peruntukan untuk seorang murid ialah +-RM15 nah darabkan dengan bilangan murid yang ada di daerah anda, berapa dia punya jumlah tu. Lepas itu tengok hasilnya berdasarkan keputusan peperiksaan dan kualiti daya fikir murid, meningkat atau semakin lemah.

Lain lain peruntukan/dana untuk frasarana dan pentadbiran Sekolah juga telah di manipulasi hingga merugikan pihak Sekolah itu sendiri tapi menguntungkan kumpulan individu yang terlibat dengan pentadbiran pendidikan.

Contoh kegiatan jelek dari konteks penyelewengan peruntukan frasarana ialah, pihak pentadbir melantik syarikat tertentu untuk membekal peralatan yang tidak pun diperlukan oleh pihak sekolah, sepertinya papan. Lepas itu papan dibiarkan begitu saja, ialah pihak Sekolah mana ada peruntukan untuk mengupah pekerja untuk membuat sesuatu. Last last papan yang ada menjadi sahabat kepada cuaca. Bukan kah ini namanya pentadbiran yang salah, yang merugikan ibu bapa atau pihak sekolah itu sendiri.?

Mohon pencerahan.???

Percayakan saya, selagi ada urusniaga yang berkepentingan diri di dalam sistem pentadbiran pendidikan, maka sampai kiamat pun mutu pendidikan di daerah itu tidak akan kemana, lagi tidak akan mampu bersaing dengan daerah daerah lain. Mungkin sampai kiamat, andai kelemahan yang ada tidak dibetulkan.

Jangan saja kalian sebagai masyarakat demokrasi yang menanggung bebannya. Sebab pendidikan/pelajaran anak anak kalian tidak kemana, pada masa yang sama pihak lain pula yang hidup bermewah mewah. Dua kali rugi oh.

Kalau di Semenanjung, para ibu bapa  berani mengheret pihak pentadbir Sekolah ke tingkat atas untuk diadili, andai ada yang tidak kena, terutamanya pada perkara yang melibatkan kepentingan murid sekolah secara keseluruhannya. Tapi tidak di negeri Sabah, manjang kononnya berlagak budiman. Adeh

Ada dimana standing daerah anda berdasarkan keputusan UPSR 2014.???

Semat dalam dalam, ini kali lah membuat kerja kerja amal, bukan hanya sibuk kononnya "berpolitik" ;-)

Note, bukan hanya pada pendidikan tapi juga pada perkhidmatan awam seperti contoh Polis, Hospital dll.


Posted via Blogaway Jals

No comments: