Anugerah Datuk Seri yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim di tarik balik oleh Sultan Selangor. Alasannya, sebab diakhir tahun 2013, Anwar telah mengeluarkan kenyataan yang bertujuan memperlekeh sultan atau saja pentadbiran istana.
Telah menyebabkan dua keuntungan politik, tapi keduanya milik PR, khasnya Anwar. Pertama, Anwar akan mendapat sanjungan kasih, sebab kononnya tidak mementingkan pangkat berbanding rakyat seperti mana Lim Guan Eng dan bapanya yang tidak ingin dianugerahkan pangkat Datuk.
Kedua Pihak Istana akan dipandang sinis oleh penyokong penyokong tegar Anwar, walaupun mereka sedar akan kesalahan mereka.
Penarikan balik pangkat Datuk tidak melibatkan atau dipengaruhi oleh pentadbiran pemerintahan UMNO. Jangan main tuduh tuduh ya.
Walaupun selepas ini Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran Datuk Seri, sebab sebelum ini dia ada menerima banyak penganugerahan Datuk Seri dari negeri negeri tertentu. Tapi harus dia ingat, ini adalah tanda awal, yang Sultan Selangor menolak kepimpinannya. Dan kita tidak hairan kalau selepas ini akan ada watikah baharu, larangan Anwar Ibrahim dari memasuki Selangor ya.
Ingat, negara ini mempunyai rukun negara yang wajar di hormati, antaranya kesetiaan kepada Raja dan Negara. Dan menjaga kesopanan dan kesusilaan. Titik.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment