Tidak ada sebab kenapa DAP perlu hadir ke mana mana sesi perjumpaan bersama kompenan PR, selagi PAS tegar meletakkan hudud sebagai agenda PAS. Itu yang ada pada entri Lim Kit Siang seperti mana gambar di atas.
(DAP tidak akan berkerjasama dengan PAS selagi PAS memperjuangkan hudud)
Kenyataan tegas DAP seperti mana diatas sudah berulang kali mereka ulang jelaskan, sejak lagi sebelum PRU13 hinggalah pada mana mana PRK yang berlangsung. Dan DAP tidak kecewa menerima kekalahan disebabkan oleh faktor mereka menafikan perlaksanaan hudud, yang mengecewakan penyokong PAS di PRK berkenaan.
Seperti contoh di PRK Teluk Intan, kemenangan BN, disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya DAP tidak menyokong perlaksanaan hudud. Yang menyebabkan pengundi PAS menolak calon DAP.
Pokoknya menolak hudud adalah agenda DAP di dalam PR.
Dan semestinya selepas ini pada penyokong PAS. Untuk mengetahui kemungkinan hudud akan dilaksanakan, lihat kerjasama PAS di dalam PR, kalau masih terjalin bererti apa yang diperkatakan oleh pemimpin pemimpin PAS adalah retorik semata-mata yakni untuk memancing undi, sama ada mereka sedar atau tidak.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment