Thursday, December 18, 2014

Alasan Chegubard Pasal Roland Chia Meletakkan Jawatan

Roland Chia

Menurut kenyataan Chegubard, seorang aktivis pro PR tapi digantung keahliannya sebagai ahli PKR atas alasan yang tidak munasabah. Sebab sebab kenapa Roland Chia Adun PKR Inanam meletakkan jawatan ialah

1. Roland Chia kecewa sebab tidak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan pembangkang Negeri Sabah. Malah yang dilantik itu Datuk Lajim Ukim, yang tidak jelas hala tuju perjuangannya. Sebelum ini kita sedia maklum, kenapa Lajim Ukim keluar dari BN.

2. Roland Chia kecewa sebab tidak dilantik sebagai Ahli Lembaga pada mana mana anak syarikat negeri Selangor, sedangkan beliau sangat rapat dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Kita faham kekecewaan Tuan Roland Chia juga menjurus kepada nasib komunitinya, iya lah kalau tidak ada dana apa yang beliau boleh bantu.?

Ekoran ketidakadilan pentadbiran yang menimpa Adun Inanam berkenaan telah secara langsung mengheret komuniti DUN Inanam kekal berada di dalam himpitan kemiskinan.

Jelas menunjukkan kepada kita setakat mana kesungguhan mereka. Mereka pembangkang tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan atau memperjuangkan nasib masyarakat Sabah seperti yang di propagandakan hingga berjaya memperdaya segelintir masyarakat Sabah. Sekaligus memihak PKR pada PRU yang lepas.

Kesimpulannya, apapun alasan yang kita dengar sama ada kini atau selepas ini, pastinya ia berkisar soal ketidakadilan pentadbiran pembangkang, hingga menyebabkan komuniti Inanam secara keseluruhannya menjadi mangsa kepada permainan politik.

Itu yang di momokkan oleh masyarakat politik pro BN, hanya BN yang memahami kehendak masyarakat Sabah di hampir semua aspek. Kita tidak nafikan, ada juga di kalangan pemimpin pemimpin BN yang sangat lemah tapi kelemahan mereka boleh ditutup oleh dasar BN yang memperjuangkan nasib masyarakat secara keseluruhannya, dari konteks ini saya merujuknya sebagai memperjuangkan nasib masyarakat Sabah.

Kalau begitu kedudukan ceritanya, tidak salah rasanya Dr Roland Chia memihak BN, agar tidak perlu lagi diadakan PRK N13 yang hanya membazirkan wang rakyat. Atau kalau pun PRK tetap berlaku, kita sebagai warga Sabahan menasihatkan agar nanti komuniti di DUN Inanam memihak calon BN.


Posted via Blogaway Jals

No comments: