Thursday, December 18, 2014

Kenyataan Ahmad Maslan Yang Kurang Bijak.

Semalam kan menonton rancangan tv, dimana panelnya ialah Datuk Ahmad Maslan.

Tiba persoalan pasal pendapatan berkapita masyarakat Malaysia, beliau dengan selamba menjawab soalan.

Jawabnya, itulah tidak belajar tinggi tinggi, kalau tidak bolehlah dapat gaji yang besar. Maksudnya tu jangan persalahkan pemerintah, bila dapat gaji yang kecil, sebab tidak sekolah tinggi tinggi. (lebih kurang begitulah)

Itu kenyataan diatas, wajarkah datang dari seorang Menteri.? Macam saja masyarakat ini terhegeh hegeh menyokong BN dan siapa tahu undi yang beliau dapat datang dari kalangan pengundi yang tidak ada Sekolah. Atau bagaimana lah kalau semua masyarakat Malaysia berpendidikan tinggi, mampu kah pemerintah membayar gaji mereka, seperti contoh gaji pembantu tadbir mencecah RM5000 sebab kelayakan yang dia gunakan ialah Master.

Jangan pula Datuk Maslan tidak tahu, negara sedang berhadapan dengan krisis pengangguran. Ada ramai lepaskan Universiti yang menganggur. 

Semahu masyarakat ni kan, berilah jawapan yang rasional memenuhi akal fikir masyarakat, seiring dengan status pendidikan sebahagian besar masyarakat Malaysia atau penyokong BN. Ini tidak macam memperlekeh balik, walhal tugas memartabatkan sosioekonomi masyarakat telah diberikan pada pemerintah. Apapun yang terjadi, pemerintah harus  bijaksana.

Sama juga halnya dengan kenyataan seperti gambar, perumpamaan yang beliau angkat sebenarnya tidak lagi relevan, itu era awal kemerdekaan boleh pakai. Malah kalau kita perhati, Kanak Kanak Melayu yang lebih  rajin berniaga berbanding kanak kanak kaum Cina. Tinggal lagi tidak mendapat dorongan dari pemerintah khasnya agensi yang dipertanggungjawabkan. Mahu saja individu atau Kanak Kanak itu berurusan ke pejabat yang pada pendapat mereka agak menyeramkan untuk berurusan. Kalau mahu membantu kejar cari mereka, berikan bantuan. Barulah selepas itu boleh mengeluarkan kenyataan yang agak "bodoh" seperti diatas.


Posted via Blogaway Jals

No comments: