Daripada orang Sabah sibuk berhimpun di perhimpunan berbaju Merah dengan bayaran yang menjatuhkan maruah. Lebih baik kamu orang hadir di upacara memperingati hari pembentukan Malaysia yakni tarikh sama perjanjian 20 perkara dimeterai.
Apa lagi pada hakikatnya perhimpunan Merah tidak langsung berkaitan dengan orang Sabah. Sabah kubo kuat BN lah, buat apa mahu kecoh bergelumang dengan jerebu. Membuang masa di cuti kemerdekaan.
Kamu orang tahukah, mereka yang hadir di perhimpunan Merah sebenarnya telah meletakkan diri mereka di paras paling rendah. Dijual hidup hidup untuk keuntungan peribadi sekumpulan pemimpin BN khasnya di negeri Sabah. Adakah patut Ketua Ketua Kampung, JKKK dan NC yang hidup dalam ke himpitan pun turut diheret sama supaya hadir di perhimpunan Merah. Hemmm, agak agak lah.
Pada hari ini 16hb September 2015 di negeri Sabah satu upacara memperingati tarikh pembentukan Malaysia telah berlangsung di batu sumpah, Keningau. Dikhabarkan ramai orang yang hadir secara sukarela, sekitar 500 orang. Ini baru betul dan bermaruah.
Sebagai peringatan, masih banyak perkara yang menguntungkan orang Sabah di dalam 20 perkara tapi belum di tunaikan.
Baru baru ini satu surat rasmi dikeluarkan oleh pentadbiran pejabat daerah Keningau. Melarang mana mana kumpulan masyarakat hadir di sekitar tugu peringatan batu sumpah. Tapi tidak mendapat peduli. Sekali lagi, barulah bermaruah sebagai bangsa Sabah yang berani. Betul tidak.?
Wednesday, September 16, 2015
Perhimpunan Merah Buang Masa, Baik Lagi Batu Sumpah.
Wednesday, April 1, 2015
Hormat Masyarakat Tempatan, Elakkan Sentimen.
Ini yang kita tidak suka. Ini bukan soal bangsa yang sengaja dianiaya lalu terpinggir tapi bangsa atau kaum berkenaan yang tidak bersatu akhirnya terpinggir. Macam individu yang tidak jelas, suka berbicara soal hak yang sangat memerlukan kebijaksanaan dan sanggup berkongsi hak tanpa prejudis.
Walaubagaimanapun, suka kita ingatkan, kalau masyarakat tempatan boleh menerima kehadiran masyarakat jiran maka hormati pula masyarakat tempatan. Ingat dokumen kewarganegaraan tidak lebih dari hanya sebentuk kertas yang tidak berharga berbanding nilai jati diri yang tidak boleh dijual beli. Bukan kah perlembagaan boleh digubal mengikut keperluan semasa.
Pokoknya mesti kok belajar menghormati hak yang berhak selepas itu hak sesama tanpa mengira jenis bangsa dengan demikian kesejahteraan yang ada akan terjamin sampai bila bila.
Jangan malah, mereka awalnya pendatang pula yang mengetuai masyarakat tempatan, apa lagi di peringkat komuniti. Kalau keadaan ini tidak dikawal, jangan hairan kalau sentimen perkauman boleh tercetus. (Akhirnya akan tercetus, jangan main main jadi elakkan)
Tuhan telah mentakdirkan bahawa kaum atau bangsa tertentu adalah penduduk asal satu satu tempat, jadi akui saja ketentuan ini. Tidak pun masyarakat tempatan menghalang mana kaum bekas pendatang mencari kelebihan ekonomi. Tapi biarlah pula sosial politik dikuasai oleh masyarakat tempatan. Kalau semuanya lah di bolot, orang yang sangat beriman pun pandai meradang. Himmm
Kita sedar sentimen seperti mana gambar sedang rancak di canang. Tujuannya untuk mengurangkan kekuatan BN di negeri ini. Himmm
Tapi jangan risau bilangan yang rasional seperti diri masih ramai. Apa yang penting ialah letakkan hak pada tempatnya. 😉
Tuesday, December 9, 2014
Menyokong Dakwaan Abdul Rahman Dahlan, Pasal RCI
Sebenarnya kan apa yang didakwa oleh Datuk Abdul Rahman berikutan laporan RCI pasal kehadiran masyarakat Imigran di negeri Sabah ada kebenarannya, benar yang sangat. Tapi pula telah dimanipulasi oleh kumpulan sengal pemimpin dan penyokong pembangkang di negeri ini, terutamanya oleh STAR/SSKM. Benar tu dakwaan Datuk Abdul Rahman Dahlan :-
1. Memang wujud pertalian darah(hubungan kekeluargaan) antara masyarakat Sabah, terutamanya di Pantai Timur Sabah dengan masyarakat Bajau Suluk di selatan Philipine. Ini berdasarkan catatan sejarah, yang Sabah pada asalnya milik Kesultanan Sulu. Catatan ini tidak boleh kita nafikan. Ok
Pertanyaan siapa orang asal di pantai timur Sabah.? Siapa lagi kalau bukan Bajau Suluk adalah juga bukti kukuh adanya pertalian darah, sejak dulu lama.
2. Kos untuk mendapatkan seorang buruh kasar dari negara jiran berdasarkan jadual bayaran oleh Imigresen. Termasuklah kos pelbagai. yang ditanggung oleh majikan, amatlah tinggi. Seorang buruh kasar memerlukan perbelanjaan sebanyak 3 atau 4 ribu. Kos ditanggung oleh majikan. Itu baru perbelanjaan di tahun pertama, tahun kedua dan seterusnya majikan sekali lagi terpaksa menanggung kos memperbaharui pasport dan permit. Jangan di lupa overhead cost yang terpaksa ditanggung oleh majikan, semasa tempoh majikan mengurus pengambilan buruh asing, selain bayaran terhadap perkhidmatan agensi membekal buruh asing.
Jadi, memutihkan PTI yakin memberikan keterangan diri yang sah adalah hal yang amat menguntungkan dari konteks ekonomi. Bila mereka memiliki status kewarganegaraan, mereka dengan sendirinya terlibat dengan perlaksanaan GST. Selain mampu mengawal pengaliran wang keluar negara.
Selain dari aspek ekonomi, ia juga mampu mengekang kegiatan jenayah dari berterusan. Bila mereka bekas PTI memiliki keterangan diri, maka pihak polis dengan mudah dapat mengenal pasti, siapa mereka.
Kesimpulannya kenyataan berbalik oleh jentera pembangkang pemilik akaun "negara Sabah" seperti mana gambar adalah kenyataan yang cetek, sempit dan terlalu mementingkan diri. Ada baiknya puak tu kekal tinggal di dalam gua.
Posted via Blogaway Jals
Posted via Blogaway Jals
Friday, December 5, 2014
Benar Tu Kata Tan Sri Richard Dan Datuk Seri Shafie Apdal
Benar tu, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun. Disusuli kenyataan dari Menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Apdal. Bahwa ada ramai lagi masyarakat Sabah yang tidak memiliki keterangan diri yang sah. Titik
Pada pendapat dan hasil pemerhatian penulis. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya faktor kemiskinan masyarakat, faktor kemampuan berurusan dan yang paling menyumbang ialah faktor diperalatkan atau di perbodoh oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab. Kenapa persoalan tidak memiliki keterangan diri dikalangan etnik tercatat di dalam laporan RCI.
Bayangkan, sebelum ini pernah menjadi pemilih dalam PRU malah memiliki buku simpanan saham era pemerintahan Berjaya tapi selepas menukar IC nya kepada Mykad, status bertukar kepada PTI. Kenapa tidak setiap kali hadir ke pejabat untuk membuat rujukan penukaran IC. Resit tukarnya hanya di cop. Last last dimaklumkan yang permohonannya telah dibatalkan oleh pusat. Wah, lucu bukan.
Sebab yang dijadikan alasan hanya sesuai untuk mereka yang buta huruf. Kemungkinan besarnya, keterangan diri individu berkenaan telah dijual kepada orang lain. Maklum ketika itu data JPN sedang dalam proses peralihan daripada manual kepada sistem online, mudah lah pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan membuat penipuan.
Akibatnya negara telah kehilangan warganegara yang budiman. Selain penganiayaan terhadap masyarakat.
Posted via Blogaway Jals
Thursday, December 4, 2014
Apa Lagi Yang Jeffrey Mahu, Shafie Apdal
“Apa lagi yang kamu mahu?
Kamu mahu RCI, RCI telah dibentuk. Kamu mahu badan bebas dalam jawatankuasa, ada badan bebas. Kamu mahu kami beri laporan, laporan sudah ada,” Shafie Apdal.
Dato Sri Shafie Apdal, membangkitkan persoalan ekoran ketidakpuasan hati Jeffrey Kitingan yang juga pemimpin STAR terhadap laporan RCI. Jeffrey berpendapat laporan yang diumumkan hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan Dr M.
Mengikut Laporan RCI pemerintah UMNO tidak terlibat dengan pemberian IC Projek. Pemberian IC Projek dijalankan oleh pihak tertentu dan berada di luar pengetahuan pemimpin utama UMNO, Dr M pada ketika itu.
Posted via Blogaway Jals
Menandatangani Memorandum Untuk Gerakan Kosong
Gerakan yang buang masa.
SSKM berusaha mengajak seramai mungkin masyarakat Sabah bagi mendatangi borang memorandum menuntut Sabah keluar dari Malaysia. Tapi agak memelikkan, sebab seruan buang masa ini hanya berlegar di sekitar masyarakat KDM yang menyokong STAR. Dan itu bererti hanya KDM STAR kah yang memiliki kebijaksanaan serta bersemangat patriotik. KDM yang memihak BN, PBS,UPKO dan PR di negeri ini serta kaum bangsa lain yang tidak berpolitik tidak sayangkan negeri Sabah dan tidak bijaksana lah. ?
Walhal di dalam perjanjian 20 perkara jelas menyatakan pada perkara 7, bahwa tidak ada hak untuk Sabah keluar dari Federal (Malaysia).
Kita menyimpan keyakinan yang tinggi bahwa perkara 7 di dalam 20 perkara sengaja disembunyikan dari pengetahuan masyarakat KDM STAR, bagi tujuan mengelirukan.
Cuba memartabatkan 20 perkara. Tapi dalam masa yang sama tidak menghormati perjanjian 20 perkara, ini namanya ada kebijaksanaan dan bersemangat patriotik kah.? Tidak kah itu bererti agenda autonomi hanyalah gerakan kosong yang bertujuan mencari dan mengukuhkan kedudukan pemimpin STAR atau Ketua tertentu di negeri Sabah.?
Isunya sampai bilalah gerakan kosong ini akan berakhir. Tidak kah penyokong STAR macam menunggu bintang jatuh ke riba. Harus kok para penyokong STAR dan gerakan SSKM membuat perkiraan secara tuntas. Apa mereka ingin kekal seperti sekarang tidak mahu terlibat dengan kemajuan perdana. Itu namanya kerugian yang nyata. Mengelar diri sebagai masyarakat asal, tapi hidup terhimpit hanya kerana politik. Adeh
Posted via Blogaway Jals
Wednesday, December 3, 2014
Tekaan Keputusan RCI.???
Tapi sebelum itu, ada baiknya kita bersembang mengenainya.
Ada pihak yang membuat tekaan, keputusan RCI itu nanti akan menggariskan beberapa perkara baharu dari konteks mendapatkan keterangan diri dikalangan masyarakat imigran. Dan status kewarganegaraan yang mereka telah miliki.
Akan ada sistem baharu yang diperkenalkan bagi tujuan mempermudahkan dan membetulkan. Contohnya, seorang anak warga asing dilahirkan di Malaysia, secara automatik akan berkenaan akan layak memiliki surat beranak, sekaligus melayakkannya memohon mykad. Kalau benar tekaan ini, kita agak bersetuju, disebabkan oleh beberapa alasan, yang kita sentuh sebelum ini.
Keputusan RCI juga akan memperkenalkan sistem baharu yakni pemprosesan kali kedua keterangan diri yang dimiliki oleh bekas pendatang. Yang ini kalau benar, kita agak berbelah bahagi, disebabkan oleh beberapa perkara hampir dari semua sudut.
Posted via Blogaway Jals
Hari Ini Keputusan RCI, Jadi Apalah.???
Hari ini keputusan RCI akan diketahui oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat Sabah.
Yang selama ini menjadi tanda tanya ekoran desakan agar keputusan RCI dipercepatkan, ialah
Sebenarnya masyarakat atau mereka yang berkenaan telah sedia maklum bagaimana imigran mendapat keterangan diri dengan jalan yang mudah, di sebabkan oleh beberapa faktor yang difikirkan perlu pada ketika itu, bukan hanya perlu dari konteks politik tapi tuntutan dari masyarakat antarabangsa, dimana pelarian mesti diberikan layanan yang wajar. Seperti juga halnya dengan kaum Cina dan India yang akhirnya menjadi warganegara Malaysia, tidak pun mereka di jemput datang ke Tanah Melayu pada ketika itu oleh Sultan Sultan Melayu untuk diberikan status kewarganegaraan, tapi bila perlembagaan semasa membenarkannya maka mereka secara automatik menjadi warganegara. Ini adalah hakikat kebenaran dan siapapun pihak tidak boleh menafikannya.
Maksud saya, walaupun keputusan RCI telah diketahui oleh masyarakat Sabah, ia tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Sabah terhadap BN, jauh sekali menyokong agenda autonomi Sabah keluar dari Malaysia. Ingat selama ini pun bukan hanya kaum Bajau Suluk atau saja Bugis yang memihak BN tapi juga dari kalangan KDM yang mengetahui cerita masyarakat imigran .
Jadi apalah.?
Kita harap selepas ini tidak ada lagi polemik yang berkaitan dengan RCI atau sewaktu dengannya.
Posted via Blogaway Jals
Tuesday, December 2, 2014
Dr Jeffrey Kitingan Berpolitik Untuk Dirinya
Dr Jeffrey Kitingan, sedar tu setakat mana kemampuan mereka bagi menuntut pemisahan Sabah dari Malaysia. Kasih tunggang terbalik ini bumi Sabah pun tetap juga tuntutan mereka tidak mendapat persetujuan daripada ramai masyarakat Sabah. Apa lagi proses undang undang, lagi lah.
Tapi kenapa, dia tetap meneruskannya walaupun dia sedia sedar bahwa tindakannya itu boleh di dakwa dibawah akta hasutan.? Sebabnya dengan berbuat demikian sebenarnya dia telah meniup atau mengapi apikan sentimen kenegerian di antara masyarakat Sabah dan masyarakat Semenanjung, sekaligus menjadi political mileage kepada STAR. Baik dari konteks politik nasional atau saja politik Sabah.
Iya lah kalau dia tidak menggunakan taktik jelek, lalu kemampuan apa lagi yang dimiliki oleh Dr Jeffrey Kitingan. Sedang Bingkor yang dia wakili tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Satu lagi, Dr Jeffrey Kitingan sering berpolemik dengan individu pemimpin yang dulunya bertanggungjawab keatas pemberian IC Projek. Dengan harapan dia terlepas dari tuduhan menghasut.
Tidak semestinya mereka yang telah memiliki IC Projek kesemuanya memihak BN, ada ramai dikalangan mereka yang juga penyokong PR atau saja STAR. Saya tahu dan kenal siapa mereka. Malah kekadang melebih lebih dari Dr Jeffrey Kitingan sendiri.
Kalau saja perbuatan memberikan IC Projek dia hukum sebagai kesalahan yang amat besar yakni sebahagian daripada dosa, tapi tidak kah semua jenis dosa mendapat keampunan dari Tuhan.? Kalau iya, lalu bagaimana dengan kumpulan masyarakat IC Projek berkenaan harus mereka dibuang kemana.?
Serba sedikit, pasti saja mereka telah menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah. Maksudnya Dr Jeffrey Kitingan tidak boleh selamanya berpolemik dengan hal yang telah lepas, harus dia melihat pada dirinya, perpecahan dan kemajuan apa yang telah di dapat oleh masyarakat Sabah sepanjang dia menjadi pemimpin politik.?
Harus dia berhenti sebelum mencetuskan perbalahan di antara bangsa di negara ini. Terutamanya pada kumpulan masyarakat yang telah terpengaruh dan masyarakat yang menafikan pemisahan.
Walaubagaimanapun, kerja berkebajikan oleh sama ada oleh negeri atau saja Federal harus lebih digiatkan. Sebab hakikatnya agenda Dr Jeffrey Kitingan tidak pun kuat mana, tinggal lagi ada ramai masyarakat KDM yang sebenarnya tersisih dari arus pembangunan. Sebab itulah mereka dengan mudah diperdaya.
Sebelum memulakan kerja kebajikan yang lebih giat. Pastikan kumpulan kerja yang akan melaksanakannya terdiri dari kumpul individu yang betul betul bertanggungjawab, segala yang dirancang sampai kepada sasaran. Bukan macam sekarang atau sebelum ini hanya angka yang gah. Adapun masyarakat tetap begitu rupa.
Posted via Blogaway Jals
Tuesday, October 21, 2014
Doris Jones Kononnya Mencabar PM Najib Razak.???
Ketua si Doris Jones ingin kononnya menuntut hak bagi masyarakat Sabah tapi tidak sanggup berhadapan dengan pemimpin Malaysia, sedang untuk merealisasikan tuntutannya pertemuan empat mata perlu berlaku, baru nampak real. Ini NGO apa ni, suam suam kuku.
Malah pula mencabar PM Najib Razak dan Hishammuddin agar mencari dia. Sedangkan dua pemimpin negara ini telah diberikan mandat oleh majoriti masyarakat Sabah, sebagai pemimpin mereka di peringkat Federal/pusat. Kan lucu tu. Tidak logik langsung, individu yang mendapat sokongan majoriti pula yang dicabar untuk mencari. :-)
Memang benar Doris Jones bersalah yang boleh didakwa di bawah akta hasutan sebab berusaha menghasut rakyat Sabah agar keluar dari Malaysia. Yang sebenarnya bertentangan dengan perkara 7 yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara, sebagai Sabah tidak hak keluar dari Persekutuan/Federal.
Tapi disebabkan oleh beberapa faktor, Doris Jones gagal dihadapkan kemuka pengadilan. Antara faktor yang menggagalkannya ialah
* Tubuh badan Doris Jones tidak ada di Malaysia.
* Gerakan yang diketuainya yakni SSKM belum lagi mencetuskan huru hara, hingga mengganggu keharmonian masyarakat Sabah khasnya.
Tapi kalau memang sungguh si Doris Jones sangat berani dipersilakan mengeluarkan arahan agar penyokongnya mencetuskan suasana huru hara atau saja pergaduhan hingga membabitkan kaum atau saja agama. Nah waktu itu, kita tengok apa yang akan berlaku terhadap dirinya. Waktu itu jarak bukan lagi halangan kalau takat berada di England apa barang, hata di mulut Singa pun akan tu dia diheret kemuka pengadilan untuk dihukum.
Doris Jones ada berani.???
Posted via Blogaway Jals
Wednesday, October 8, 2014
Sejarah Tercatat, Sabah sebagai Negeri.
Ini juga sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan Sabah yang merdeka melalui persekutuan Tanah Melayu pada tahun 16hb September 1963.
Selepas Sabah mencapai kemerdekaan, satu perlembagaan atau undang undang kecil telah digubal yang mendapat kerjasama daripada kedua belah pihak, diantara negeri dan persekutuan, bahwa Sabah adalah sebuah negeri yang di tadbir oleh Federal, seperti mana Negeri Negeri yang ada di Semenanjung. Melalui perjanjian Persekutuan pada 27hb Ogos 1976
Ingat, pemimpin Sabah yang bersetuju dengan penggubalan perlembagaan seperti mana di atas adalah Ketua Menteri Sabah yang telah mendapat mandat dari majoriti masyarakat Sabah. Bererti sebarang keputusannya dari konteks pentadbiran negeri adalah atas kehendak masyarakat Sabah secara amnya bukannya kehendak atau pendapat pemimpin semata-mata.
Itu bererti masyarakat Malaysia amnya, khasnya masyarakat Sabah harus menghormati perlembagaan ini. Sebab harus di tahu, tidak semestinya perjanjian 20 perkara yang dimeterai oleh generasi terdahulu, masih kekal relevan sehingga ke generasi era ini, alsebab itulah perlembagaan persekutuan yang bertarikh 27hb Ogos 1976 berkaitan Sabah dan Persekutuan dimeterai.
Begini dia punya prinsip, tidak perkara yang salah semestinya jahat, begitu juga sebaliknya tidak perkara yang benar akan semestinya baik dari konteks masyarakat Sabah yang majmuk dan point yang ada di dalam perjanjian 20 perkara.
Posted via Blogaway Jals
Monday, October 6, 2014
Status Sabah, Negara Atau Negeri Bukan Soal!
Pasal status Sabah sama ada negara atau negeri dalam perjanjian 1963. Hakikatnya Sabah sebuah negara tapi tidak semestinya kekal sebagai negara hanya kerana perjanjian yang sebenarnya tidak bertujuan untuk menjadikan Sabah sebuah negara.
Status Sabah telah di ketahui oleh ramai masyarakat Sabah atau saja pemimpin pemimpin di negeri ini sejak dulu lama hingga sekarang ini. Di era pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapa, perkara ini telah bergolak selepas itu PBS.
Tapi itulah setiap tiba PRU, masyarakat Sabah tetap selesa duduk sebagai negeri maka itulah BN tetap menjadi pilihan dan Federal tetap menjadi rujukan segala persoalan yang melibatkan kepentingan masyarakat Sabah. Dan masyarakat Sabah secara umumnya selesa dengan keadaan ini. Malah dari mereka yang telah berjaya walaupun tanpa campurtangan politik.
Kalau memang kedudukan Sabah di dalam Malaysia telah merugikan ramai masyarakat Sabah, tidak mungkin BN mampu bertahan dengan begitu lama.
Bererti tidak timbul kok isu pasal autonomi, masyarakat ini tidak akan terpengaruh. Hentikan lah, apa yang nampak agenda autonomi hanya sesuai bagi mereka yang berjiwa kacau tidak melihat perpaduan dan kerjasama sebagai kunci kepada namanya keharmonian dan kemajuan masyarakat itu sendiri.
Klik link di bawah, yang juga berkaitan dengan status Sabah negara atau negeri.
Sabah sebuah negeri bukan negara.?
Posted via Blogaway Jals
Saturday, September 27, 2014
Doris Jones Mengkeldaikan Kaum KDM STAR.!!!
Gambar ini telah di politikkan oleh individu yang bernama Doris Jones, si pemisah autonomi. Kononnya tanah penduduk tempatan telah rampas oleh pemerintah negeri yang tidak lebih dari pengganas. ???
Benar atau tidak kita tidak berapa pasti, sebab si Doris ni suka mempolitikkan perkara yang dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Main upload gambar jak, hatta anjing pun turut dipersalahkan.
Cuba kamu orang tengok, apa yang tertulis pada sepanduk seperti mana gambar. Kononnya penunjuk perasaan mempersoal janji, mana konon janji kerajaan rakyat didahulukan. Sedangkan si penunjuk perasaan adalah dari kelompok penyokong tegar pembangkang yang menafikan agenda gagasan 1Malaysia. Tapi menagih kesaksamaan hak melalui saluran politik. Adeh, macam orang mabuk jak.
Seharusnya kumpulan penunjuk perasaan berkenaan memihak pemerintah tanpa berbelah bahagi dengan itu persoalan yang di hadapi boleh diselesaikan melalui perundingan bersama, bersama Pemimpin pemimpin BN yang mereka dukung. Baru ada cerita, sekaligus melayakkan mereka mempersoal gagasan 1Malaysia yakni mendahului rakyat andai permintaan mereka tidak dituruti. Bukan macam sekarang, macam saja budak hingusan yang merengek di tengah jalan.
Secara logiknya daripada Yb membela nasib penyokong pembangkang adalah lebih baik kalau tanah berkenaan diberikan kepada penyokong pemerintah. Ingat, tanah warisan yang kononnya didakwa telah dirampas adalah sebenarnya tanah yang belum mempunyai geran tanah, penunjuk perasaan berkenaan adalah sebenarnya penceroboh tanah. Adeh
Maka itulah agenda autonomi oleh Doris Jones mesti dinafikan dengan penuh ketegasan, terutamanya oleh kaum KDM.
Jangan menjadi alat politik kepada kumpulan tertentu. Ingat tuntutan autonomi mendapat tentangan dari majoriti masyarakat Sabah, sanggup "berperang" demi kedaulatan negeri Sabah.
Sekali lagi. Hakikatnya agenda autonomi tidak mendapat sambutan dari ramai masyarakat Sabah dan Sarawak. Hanya mereka yang bodoh saja sanggup menjadi Keldai politik kepada Doris Jones.
Sudah itu, hanya tahu melalak, macam budak hingusan, tidak berani berhadapan dengan perkara yang mahu konon di tuntut, tapi menetap jauh di Eropah. Kalau memang dia mempunyai ruang dan saluran di peringkat antarabangsa dalam usaha menuntut Sabah keluar dari Malaysia, kenapa tidak saja melaksanakannya. Kenapa perlu lagi konon membuat kenyataan kenyataan provokasi. Alahai
Ingat jangan jadi bodoh, separuh masa depan anda sebagai bangsa KDM ada pada kaum bangsa yang ada di negeri Sabah selain KDM. Kalau selamanya kamu orang sanggup menjadi alat maka lama kelamaan hak kamu orang sebagai orang asal akan menjadi hak kaum bangsa lain.
Posted via Blogaway Jals
Sunday, September 21, 2014
STAR Bersetuju Berkongsi Kuasa Dengan Kesultanan Sulu.
Apa sebenarnya yang "diperjuangkan" oleh Jeffrey Kitingan ni ya. Hakikatnya STAR menafikan kehadiran PTI atau bekas PTI tapi pada masa yang sama bersetuju atau menyokong pula untuk berkongsi kuasa dengan Kesultanan Sulu andai Sabah berjaya dibawa keluar dari Malaysia.
Diluar sana para penyokong STAR amat anti pada bekas pendatang dari Philipine, apa lagi istilah kesultanan Sulu. Yang pada mereka langsung tidak wujud seolah olah cerita dongeng.
Sebelum ini kita orang ada berdebat bincang dengan para pemimpin tertinggi STAR dan penyokong STAR pasal autonomi Sabah keluar dari Malaysia.
Kita bertegas bahawa, kalau saja STAR punya ruang menuntut autonomi Sabah dari Malaysia maka semestinya kerajaan Philipine juga berkelayakan untuk berbuat demikian. Ialah, sebabnya selepas perjanjian 1963 di meterai bersama Federal. Ada undang undang di peringkat negeri Sabah yang telah digubal yang dipersetujui oleh kedua belah pihak antara Federal dan Ketua Menteri Sabah pada sekitar 1972/73.
Penggubalan undang undang berkenaan menyebut bahawa semua negeri termasuklah Sabah dan Sarawak berada di bawah pentadbiran Federal/Persekutuan yakni semua negeri disebut Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Dan kalau undang undang yang digubal ini berjaya di nafikan oleh politik STAR bererti Kesultanan Sulu atau saja pemerintah Philipine punya hak dan ruang untuk membetulkan balik perjanjian pajak gadai antara kesultanan Sulu dengan North Borneo, sebab difikirkan telah merugikan mereka. Ialah secara logiknya, kalau kedaulatan perlembagaan negara boleh di ganggu gugat oleh STAR , kenapa pemerintah Philipine tidak boleh berbuat perkara yang sama.!
Maksudnya masyarakat Sabah secara keseluruhannya ingin kekal duduk bersama Malaysia, jangan ada mimpi di siang hari untuk memisahkan Sabah.
Nah polemik berkenaan terbukti benar, bila pemimpin STAR, Jeffrey Kitingan bersetuju untuk berkongsi kuasa dengan Kesultanan Sulu andai Sabah berjaya dibawa keluar dari Malaysia.
Isunya, apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh STAR. Siapa sebenarnya di belakang Jeffrey Kitingan, boleh saja kuasa asing demi melihat Malaysia umumnya, khasnya Sabah musnah ni.?
Antara entry, dimana debat bincang kami sebelum ini berada. Klik link bawah. Sebenarnya bukan hanya ini, tapi ada banyak lagi di wall Facebook pemimpin dan penyokong autonomi Sabah.
Entry debat bincang berada pasal autonomi
Posted via Blogaway Jals
Wednesday, September 17, 2014
Adenan Saten, Keluar Malaysia Adalah Bodoh.
Ketua Menteri Sarawak, Adenan Saten ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia ke 51 tahun di Miri, Sarawak yang dihadiri oleh lebih 40 ribu orang.
Mana mana kelompok masyarakat yang sebenarnya minoriti tapi menuntut Sabah atau Sarawak keluar dari Malaysia adalah mereka yang sebenarnya BODOH.
Posted via Blogaway Jals
Tuesday, September 16, 2014
Sebab Kenapa Dilarang Menyambut Hari Di Malaysia Di Batu Sumpah.
Jeffrey berhimpun di luar pagar Batu Sumpah, tanda kecewa.
Ritualistic separuh agama separuh politik.
Pemimpin dan Penyokong STAR di Keningau menyimpan rasa marah sebab tidak dibenarkan menyambut hari Malaysia di batu sumpah. Yee kah.?
Mereka tidak tahu sebab sebab mereka dilarang meraikan hari Malaysia di batu sumpah berkenaan, ini adalah kerana mungkin di khuatirkan sambutan itu nanti akan lebih kepada ritualistic yang boleh membangkitkan semangat kengerian hingga mencetuskan konflik dari konteks perpaduan di negeri Sabah.
Ertinya, dengan mempersoal larangan berhimpun di batu sumpah, adalah bukti bahwa sememangnya tujuan penyokong STAR berhimpun di batu sumpah adalah untuk membangkitkan semangat kengerian yang tidak sihat melalui ritualistic separuh politik separuh agama. Dengan kata lain bertujuan politik semata-mata, tidak lebih dari itu.
(sebelum ini upacara keagamaan ada berlaku di batu sumpah, seperti gambar diatas)
Ialah, sudah tidak ada tempat lain kah.?
Posted via Blogaway Jals
Saturday, September 13, 2014
Admin Pages SSKM, Bacul Memperbodoh
Temberang jak admin SSKM ni, mengulas lah apa lah. Konon pasal autonomi Sabah keluar dari Malaysia, walaupun hanya beberapa ketul yang menyokong mereka.
Kurang itu memperbodoh Menteri Datuk Zahid Hamidi lagi, sebab konon sengaja tidak memahami persoalan kenapa agenda autonomi tercetus. Amboi, bukan main lagi ya.
Nampak macam saja pages SSKM ni terbuka di dalam isu politik terutamanya isu yang melibatkan kepentingan Sabah. Tapi pada hakikatnya admin pages ni cukup bacul, hanya pendapat mereka yang mahu di dengar tapi tidak mahu mendengar pendapat orang lain/masyarakat. Pada masa yang sama mengharapkan keterbukaan sekaligus pemerintah memahami mereka. ;-)
Tadi pagi kita orang ada melontarkan beberapa komen pada enrty yang admin pages SSKM bangkitkan, tapi selang beberapa minit, kita orang dia blok tidak dibenarkan memberikan sebarang pendapat walaupun pendapat yang kita lontarkan itu tidak pun menyentuh peribadi mana mana individu.
Artikel ini yang kita orang linkkan sebagai komen pendapat tapi sayang admin SSKM memblok kita orang. Bacul, bermaksud pages sengaja diwujudkan untuk mengelirukan masyarakat sekaligus memperbodoh.
jalsjalin.blogspot.com/2014/09/pemuda-star-kata-sabah-sebuah-negara.html?m=1
Walaupun kita sedar dan faham, kekuatan puak tu macam juga anjing yang menyalak bukit. Tapi pada satu sudut, sikap mereka yang memblok pengguna Facebook terutamanya diri, adalah tindakan yang tidak profesional. Itu belum lagi mereka menjadi pemerintah negeri, sudah kenampakan sikap autokratik mereka yang tidak sihat. Alahai
Posted via Blogaway Jals
Pemuda STAR, kata Sabah sebuah negara.???
Entah pemuda dari parti mana tu budak. Kalau tidak silap STAR kot dan berasal dari daerah Tenom. Dia kata Sabah adalah entiti yakni sebuah negara semasa pembentukan Malaysia.?
Tapi endah saya faham, macam mana ya sebuah negara bersetuju untuk membentuk lagi sebuah negara. Kenapa Sabah tidak saja merdeka sendiri seperti mana Brunei kalau memang Sabah sebuah negara.
Hakikatnya Sabah merdeka melalui tanah Melayu pada ketika itu. Selain oleh faktor ancaman keselamatan dari negara jiran yang dipanggil konfrontasi. Faktor lain ialah persetujuan sebulat suara dari majoriti masyarakat Sabah menerusi undian yang disaksikan oleh pesuruhjaya Cobbold dari British. Menurut catatan sejarah, pungutan suara dari masyarakat Sabah sangat perlu sebagai syarat bagi membolehkan Malaysia dibentuk sekaligus membawa Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka, dan semestinya pungutan suara itu perlulah meliputi semua daerah yang ada di negeri pada ketika itu termasuklah daerah Semporna.
Ini juga membawa erti status Sabah sebagai sebuah negeri adalah sebenarnya atas kehendak masyarakat Sabah itu sendiri.
Entry ini terhasil bila admin menonton sendiri satu rakaman video. Di dalam rakaman berkenaan seorang ketua pemuda STAR yang bernama Hazroy dengan selamba menyatakan kononnya Sabah ini sebuah negara maka itu perkara Sabah sebuah negara perlu diperdebatkan di sidang DUN Negeri Sabah. Katanya lagi, memandangkan masyarakat muda mudi telah tahu akan sejarah sebenar kemerdekaan Sabah, maka itu mereka perlu berani.?
Siap berlapik lagi, bahwa kenyataannya itu bukan bertujuan untuk menghasut tapi memperjelaskan kedudukan sebenar. Potongan ;-)
Untuk makluman pembaca, suara sumbang ini datang dari kumpulan kecil di dalam minoriti tapi untuk kepentingan kumpulan besar di dalam majoriti.??? Ini hal yang memelikkan. Sewajibnya perkara ini tidak timbul, sebab kemerdekaan Sabah itu sendiri melalui proses kemerdekaan yang bersifat negeri selepas itu agenda autonomi ini telah di canang sebelum lagi PRU13 berlangsung dengan harapan STAR akan mendapat kemenangan tapi sebaliknya, majoriti rakyat Sabah lebih suka dan selesa memihak BN sekaligus mendukung pentadbiran yang berpusat yakni Federal/Persekutuan.
Nasihat diri sebagai asal, lupakan atau tinggalkan agenda yang tidak mendatangkan untung tu. Kalau memang mahu membela masyarakat Sabah yang dirasakan telah terpinggir justeru memerlukan pembelaan, iya libatkan mereka dengan pembangunan Perdana. Berusaha ke arah itu, berdiri sebagai masyarakat sivil yang matang ajak masyarakat yang terpalit untuk berbicara soal hak dan keperluan di dalam konteks demokrasi dan polisi pemerintah. Nah barulah nampak melangkah ke hadapan bukan sebaliknya hingga tinggal di belakang. Adeh
Posted via Blogaway Jals
Sunday, September 7, 2014
Cubaan Keluar Sabah Berhadapan Dengan Ancaman Keselamatan
Sudah tentu pasti kenyataan Dato Sri Shafie Apdal ini ada kebenarannya, Sabah akan berhadapan pelbagai implikasi keselamatan andai ura ura Sabah keluar dari Malaysia menjadi kenyataan.
Jangan di lupa antara faktor yang menyebabkan terbentuknya Malaysia pada 16hb September 1963 adalah kerana faktor keselamatan, dimana pada ketika itu Sabah berhadapan dengan ancaman dari negara jiran yang dipanggil konfrontasi.
Walaupun era konfrontasi sudah berlalu selepas Malaysia terbentuk, tapi ancaman dari pihak luar masih wujud. Termasuklah ancaman daripada negara jiran Philipine yang tidak berputus asa untuk menuntut Sabah dari Malaysia.
Benigno Aquino sebagai Presiden pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka bahwa pentadbiran negara Philipine tidak akan berhenti menuntut Sabah walaupun peluangnya sebesar lubang jarum asalkan berpotensi.
Maka itulah, cubaan setengah pihak yang kononnya membawa Sabah keluar dari Malaysia adalah sebenarnya kerja mereka yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya selepas keputusan PRU13 di ketahui mereka sudah mula sedar dan malu, rupanya agenda Borneonisasi yang pembangkang/mereka tidak boleh diterima oleh masyarakat Sabah secara keseluruhannya.
Posted via Blogaway Jals
Tuesday, September 2, 2014
Tidak Ada Maknanya Sabah Keluar Dari Malaysia
Tidak ada maknanya, mempersoal kedudukan Sabah di dalam Malaysia.
Bukan apa, sedang sekarang ini pun hanya kelompok masyarakat tertentu yang mendapat kelebihan dari dana yang disalurkan oleh Federal apa lagi pentadbiran negeri ini tidak melibatkan Federal.
Makin lah saling berpijakan hanya kerana merebut peluang yang tersedia.
Tutuplah cerita pasal catatan sejarah tu, sekaligus tuntutan autonomi walaupun cukup sekadar sembang di kedai kopi. Kita tidak nafikan tarikh kemerdekaan Sabah ialah pada 31hb Ogos 1963 dan bukannya 1957 tapi hakikatnya kemerdekaan itu yang di cari bukan apa.
Itulah antara kisahnya kenapa masyarakat Sabah, akhirnya tidak bersultan. Sebab kalau memang ada, nescaya tidak ada kerja lain, asyik saja bercakaran. Sedang baru berpangkat tinggi pun sudah lupa diri, apa lagi menjadi orang kuat kepada Sultan, lagilah.
Untuk itu, demi menjaga keharmonian yang kita kecapi sekarang. Kita berpendapat agar mana mana kelompok individu yang cuba menyemai sentimen kenegerian hingga ada usaha membawa keluar Sabah dari Malaysia, maka wajarlah kelompok berkenaan dipanggil untuk diberikan nasihat. Kalau juga tidak berubah ya, dakwa saja di bawah akta hasutan.
Posted via Blogaway Jals