Membaca kenyataan atau bidasan dari seorang pemimpin yang bernama Salleh Said mengenai Esscom, ekoran teguran dari pemimpin muda MCA terhadap keselamatan Negeri Sabah yang di Pengerusikan oleh Ketua Menteri. Salleh Said sebenarnya tidak menjawab dakwaan atau saja saranan pemimpin MCA berkenaan agar Esscom di tutup ekoran prestasinya yang kurang baik, sekaligus memalitkan Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap pengerusi Esscom sebagai gagal.
Soal Ketua Menteri turun padang, itu bukan isunya atau soal Esscom yang menyelia pasukan Tentera itu juga bukan isunya. Sebab sudah memang menjadi tanggungjawab pengerusi Esscom berdasarkan autoriti yang telah diberikan dalam menjaga keselamatan masyarakat Sabah dari ancaman pihak luar terutamanya dari jenayah penculikan maka sebab itulah agensi Esscom perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Isu utamanya ialah apa jenis jaminan yang telah diberikan oleh Ketua Menteri/Pengerusi Esscom terhadap keselamatan masyarakat Negeri Sabah, khasnya mereka yang tinggal di pantai timur dari ancaman pihak luar yang tidak bertanggungjawab.?
Apakah langkah langkah tambahan yang diumumkan oleh Pengerusi Esscom sejurus kejadian penculikan di Pulau Bait, Lahad Datu termasuklah perintah berkurung mampu menjamin keselamatan masyarakat Sabah secara umumnya.?
Dan adakah pendekatan menguatkuasakan perintah berkurung di perairan berkenaan tidak menjejaskan pendapatan para nelayan.?
Hakikatnya cadangan tambahan bagi mengekang pencerobohan ekoran penculikan di Lahad Datu baru baru ini oleh Ketua Menteri hanyalah tindakan biasa terhadap kawasan/perairan yang pernah di bolisi oleh pihak luar. Selama ini pun rondaan kapal Marine berlaku di sepanjang perairan negeri Sabah khasnya di zon selamat timur Sabah terutamanya di perairan yang pernah di ceroboh hingga melibatkan insiden penculikan tapi kenapa kejadian yang sama yakni penculikan masih berlaku. Macam mana tu.?
Tidakkah pihak Ketua Menteri atau Ketua Menteri sendiri terfikir, selain ancaman dari pihak luar, ancaman dari dalaman juga boleh tercetus dimana kelompok dalaman ini kebanyakannya tinggal di penempatan tertentu yang sebenarnya setinggan. Jadinya, apa kah langkah kerajaan negeri dalam memastikan ancaman dari dalaman ini tidak tercetus hingga mungkin melibatkan insiden penculikan dan lain lain kegiatan jenayah.?
Berikan perhatian pada dua pokok persoalan yang diri sebutkan di atas terlebih dahulu, sebelum memperkenalkan langkah langkah tambahan yang sebenarnya kurang efisien malah hanya akan menambahkan kos operasi. Dengan itu barulah Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah yang juga pengerusi Esscom dilihat mampu memikul tanggungjawabnya.
Lain itu, rentetan bidasan Datuk Salleh Said terhadap pemimpin muda MCA. Seharusnya beliau tidak boleh membuat kenyataan yang melulu, hanya kerana ingin mempertahankan Ketua Menteri Sabah. Bukannya masyarakat Sabah tidak tahu kalau penculikan telah berlaku dan bukan sekali tapi berkali kali dan bukan kah itu boleh dipanggil kegagalan. Sebaiknya Datuk Salleh Said mengeluarkan kenyataan maaf pada masyarakat Sabah bagi pihak Ketua Menteri. Barulah ;)
Perlu juga di ingat, masyarakat Sabah sedang memerhati dengan penuh minat apa yang akan berlaku selepas ini terhadap keselamatan mereka. Seperti mana artikel di bawah :-
Ketua Menteri Sabah Harus Bertanggungjawab
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment