MCA akan keluar dari kompenan BN, hanya kerana UMNO menyokong usul perlaksanaan hudud di Negeri Kelantan. Tapi pastinya PAS tetap akan bersekongkol dengan PKR dan DAP walaupun dua parti ini menolak mereka/hudud berbanding UMNO yang mendukung perjuangan PAS, PAS pula cuba menafikan UMNO. Pelik bukan :)
Ekoran itu cerita politik di negara ini akan berakhir dengan begini, UMNO akan kehilangan MCA manakala PR pula akan kehilangan PAS sebab sudah tentu pasti DAP akan menolak PAS.
Dalam masa yang sama UMNO dan PAS tetap tidak sehaluan. Bererti yang akan mendapat untung ialah PR yang akan dihuni oleh kompenan baharu yakni PKR, DAP dan MCA selepas pergolakan pasal hudud berakhir.
Dengan itu maka resmilah Islam bakal terhina di negara Islam yang cuba memartabatkan agama Islam ke tingkat yang lebih tinggi.
Bererti ucapan tahniah wajar diberikan kepada PAS yang telah menyumbang kepada kelemahan Islam di negara ini yang juga menyebabkan Malaysia sebagai negara Islam tidak lagi di hormati di persada antarabangsa.
Ini kah yang di mahu oleh PAS tanpa mereka di sedari.?
Inilah bahananya kalau dakwah Islam hanya di lihat pada satu pintu politik semata-mata sedang pintu pintu yang lain sentiasa terbuka malah boleh digunakan dengan berkesan walaupun tidak berkaitan dengan politik.
Oleh itu MCA tidak boleh dipersalahkan sebab dari konteks politik mereka perlu menjaga pengaruh mereka di kalangan pengundi kaum Cina seperti mana juga DAP.
Walaupun pada hakikatnya potensi MCA pada PRU13 yang lepas tidaklah memberangsang tapi MCA perlu berusaha menarik kaum Cina untuk memihak mereka pada masa masa yang akan datang.
Tapi pula sepatutnya MCA tidak terikut ikut dengan rentak politik DAP yang menafikan hudud, ambil saja jalan tengah, biarkan saja PAS terperangkap dengan permainan mereka dengan itu kita akan mengetahui sejauh mana pengaruh PAS di bumi Malaysia yang memungkinkan mereka terpaksa tunduk kepada UMNO/BN. Betul tidak?
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment