Apa yang tidak kena ya, jentera politik BN berkempen dengan berkunjung dari rumah ke rumah pengundi/komuniti yang ada di Teluk Intan, selepas itu menghulurkan pelbagai jenis bantuan termasuklah wang tunai bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh komuniti berkenaan, adakah tindakan jentera kempen itu sangat salah, sedangkan komuniti berkenaan amat memerlukan bantuan, kerana himpitan kemiskinan.
Ekoran kerja kebajikan di atas berduyun duyun para jentera maya PR mempolitikkannya sebagai konon politik wang atau saja rasuah. Alahai
Tolong lah jangan nak berlagak budiman yang amat, hakikatnya politik PR lagi dahsyat hanya di peringkat pemilihan PKR ada pelbagai taktik penipuan yang dilakukan hingga ada dari kalangan ahli yang bertanding atau saja ahli PKR yang memilih di pecat hanya kerana tidak berpuas hati dan tidak mahu berdiam selagi kebobrokan yang berlaku tidak di selesaikan. Mereka terdiri ahli PKR Setiawangsa, Ahmad Jufliz Faiza.
Kurang itu, ada ramai lagi ahli PKR yang di pecat hanya kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR khasnya di negeri Selangor, yang melibatkan Menteri Besar Selangor sendiri, Khalid Ibrahim yang bertanding untuk Ketua Cabang di Kuala Selangor dan Naib Presiden PKR.
Kadang kadang saja kita ni, terlalu melihat koyak orang lain sedang koyak di baju sendiri di diamkan. Alahai.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment