Cuba kamu orang cari jawapannya, kenapa PAS suka sangat bekerjasama dengan DAP walhal PAS ingin melaksanakan hudud dan DAP menolak hudud.
Ada yang cuba dipolitikkan tu, tapi bukan pula bertujuan untuk mengakalkan DAP yang konon pada akhirnya akan menerima hudud. Tapi ada tujuan lain demi kelangsungan politik PAS di masa masa yang akan datang, yakni supaya PAS tidak dilihat sebagai bersalah sebab gagal melaksanakan hudud. Kamu fikirkanlah bagaimana ia berlaku ya. :)
Begini, apabila PAS menghebahkan perlaksanaan hudud, sudah semestinya DAP akan berbunyi, begitu juga dengan MCA dan Gerakan dengan itu PAS akan menyalahkan UMNO sebab tidak memberikan kerjasama yakni tidak mampu mengawal parti kompenan yang ada di dalam BN. Tapi UMNO akan menyalahkan PAS balik sebab PAS tetap berkerjasama dengan DAP walaupun ingin melaksanakan hudud, kalau mahu keluar saja dari PR. PAS pula konon membidas daripada mereka berkerjasama dengan BN lebih baik dengan DAP sebab pada kebiasaannya penyokong DAP menyokong PAS berbanding UMNO, MCA dan Gerakan yang sudah tentu akan menolak PAS. Bermaksud PAS sebenarnya menjaga kelangsungan politik mereka, bukan sebenar ingin memperjuangkan hudud.
Dengan harapan, hasil dari dolak dalik. ini akhirnya UMNO akan tersepit di antara kompenan BN dan UMNO. Sekaligus melemahkan UMNO. Sebaliknya PR akan mendapat kuat.
Bererti yang bodoh bukannya DAP atau saja pemimpin PAS tapi penyokong PAS yang percaya dengan perjuangan PAS di dalam PR, walhal ia hanyalah menguntungkan DAP.
#Prktelukintan
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment