"Saya tidak menentang hudud tetapi saya menentang pelaksanaan hudud pada situasi ketika di mana kita mengamalkan pendakwaan terpilih......... Dyna Sofya.
Maksudnya dia Dyna akan menolak perlaksanaan hudud seperti mana mending Karpa dulu lama sehinggalah dia pergi buat selamanya.
Tinggal lagi cara yang mendiang Karpal gunakan agak keras hingga terkeluar perkataan mayat, berbanding Dyna yang sedikit beradab. Tapi tetap membawa maksud yang sama yakni menolak perlaksanaan hudud oleh PAS. Ini jelas, maka seharusnya lah pada mana mana penyokong PAS atau saja pengundi Melayu agar mereka tidak memberikan sebarang sokongan, apa lagi undi terhadap Dyna Sofya sebagai calon DAP di Teluk Intan yang sebenarnya boneka DAP.
Peliknya kenyataan Dyna Sofya di atas hampir sama dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr M dulu lama tapi telah mendapat kritikan yang terlalu giler dari kalangan pemimpin dan penyokong PAS, seolah olah Dr M telah murtad hanya kerana mempersoal perlaksanaan hudud yang tidak menyeluruh. Nah sekarang apa cerita.?
Hakikatnya DAP terlalu hebat untuk PAS dalam hal politik. Hanya ini yang kita mampu perkatakan, bermaksud DAP semakin dominan di dalam PR juga bererti agenda hudud bawaan PAS semakin berkubur.
Lalu apalah keputusan masyarakat PAS di Teluk Intan ya, masih tidak merasa kalau DAP telah perbodoh mereka atau PAS telah memperbodoh mereka sebagai penyokong PAS. ?
Masih ada kah istilah tahalul syasih yang selama ini menjadi senjata PAS untuk bersahabat politik dengan DAP ya.? Kalau sebelum kehadiran Dyana Sofya pendekatan tahayul syasih agak relevan memandangkan yang menolak agenda Islam terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam tapi sekarang sudah berbeza pemimpin Islam yang ada di dalam organisasi DAP jelas menolak agenda PAS.
Sebab itu juga lah masyarakat politik yang menyokong PAS perlu berbuat sesuatu, dengan memberikan isyarat bahwa mereka tidak akan menyokong calon DAP di Teluk Intan di sebabkan oleh polisi DAP yang semakin menolak PAS secara total.
Jangan main ikut ikut jak, nanti saja nampak lemah yang sangat, Islam tidak boleh di lihat sebagai lemah di mata mereka yang menolak Islam. Faham mungkin bha kan?
Kalau merujuk pada gambar yang disisipkan pada artikel/entry ini? kelihatannya sokongan sokongan PAS terhadap calon DAP di Teluk Intan agak kurang
, nah kekalkan momentam ini agar kamu sebagai masyarakat politik dinilai sebagai berharga.
Undilah Calon BN Dan Tolak calon DAP di Teluk Intan.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment