Sunday, May 18, 2014

Gerakan Adalah Parti Toleransi, Undilah Calon Gerakan

Parti Gerakan dan parti DAP adalah dua parti yang menjunjung agenda perjuangan yang sangat berbeza. Satu di kutub utara dan satu lagi di kutub selatan, begitulah gambaran perbezaan agenda yang mereka dukung.

Parti Gerakan berpegang pada prinsip toleransi  demi menjaga keharmonian kaum. Sedang DAP pula ingin menghapuskan ketuanan Melayu/Bumiputera dengan mengangkat agenda kesamarataan (Malaysian Malaysia) dikalangan masyarakat Malaysia. Bermaksud negara ini tidak dimiliki oleh siapa siapa. Bertentangan bukan?

Mungkin DAP terlupa atau buat buat lupa, setiap negara yang pernah wujud di dunia ini pasti diwarisi atau dimiliki oleh satu bangsa/kaum sebagai takdir kepada bangsa dan negara berkenaan sekaligus menjadi pemilik. Dan hakikat kebenaran ini tidak boleh dinafikan dengan hanya memperalatkan sistem demokrasi.

Sebab setiap suku bangsa memiliki jati diri demi mempertahankan apa yang dipanggil hak berbanding semangat politik yang ada di dalam sistem demokrasi yang bersifat sementara. Dan saya percaya pemimpin pemimpin Gerakan sangat memahaminya berbanding pemimpin DAP sengaja untuk tidak memahaminya termasuklah calon mereka di Telok Intan, Dyana Sofya yang berbangsa Melayu.

Hasil perjuangan politik DAP yang sebenarnya sempit, DAP telah mendapat tempat di hati pengundi masyarakat Cina dan segelintir Melayu hingga memenangi  38 kerusi Parlimen, berbanding MCA dan Gerakan hanya mendapat 8 kerusi di seluruh Malaysia. Tapi diperingkat negeri Perak pula, DAP hanya memenangi 7 kerusi Parlimen manakala BN 12 kerusi.

Tapi apa yang telah di dapat oleh masyarakat Melayu dan Cina di 38 parlimen yang dikuasai DAP termasuklah di P076 Telok Intan? Mungkin pada masyarakat Cina pertanyaan ini agak melucukan tapi pernah kah mereka terfikir apa mungkin DAP mampu merealisasikan agenda kesamarataan yang di canang kepada mereka.? Ini pertanyaan yang masyarakat Cina perlu persoalkan kepada kepimpinan DAP.

Ambil pengajaran dari kebobrokan yang di hadapi oleh PAS ekoran  perlaksanaan hudud tapi mendapat tentangan DAP dan PKR sendiri. Nah apa nanti pula agenda kesamarataan yang di dukung oleh DAP akan  mendapat kerjasama dari PAS/PKR dan BN/UMNO?

Peralihan pengundi Cina dari kompenan BN pada PRU13 yang lepas adalah satu  bukti kukuh yang DAP adalah pendukung agenda sempit untuk menduga kontrak sosial yang selama ini telah menjadi penghalang atau saja senjata politik yang menguntungkan mereka tapi tidak pada yang lain, malah ia menjadi peraturan normatif pada mereka yang matang yang terdiri dari pelbagai jenis bangsa dan kaum sekaligus membawa kepada kesejahteraan.

Jadinya kamu orang sebagai pengundi Melayu/Cina di PRK Teluk Intan, undilah calon parti GERAKAN/BN , Datuk Mah Siew Kiong. Berbanding calon DAP, Dyana Sofya walaupun dia berbangsa Melayu tapi hakikatnya dia hanyalah boneka DAP dalam usaha menghapuskan ketuanan Melayu di bumi Malaysia. Agenda sempit ini kalau dibiarkan ia mampu mencetuskan ketegangan kaum di kalangan masyarakat Malaysia secara jujurnya.

Bagi pengundi Cina khasnya pula, jangan berpaling dari parti Gerakan/BN, Gerakan boleh membawa kesejahteraan atau mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia. Bila negara harmoni ada banyak perkara yang boleh di lakukan khasnya pada masyarakat Cina. Tidak menolak kalau kontrak sosial yang menjadi halangan kepada mereka akan di buka sedikit walaupun mendapat sedikit halangan dari segelintir masyarakat Melayu/Bumiputera, asal pula tidak menafikan ketuanan Melayu/Bumiputera berdasarkan perlembagaan yang telah termaktub.

Sekali lagi ditegaskan. Perkara yang perlu diketahui dan difahami oleh pengundi di PRK Teluk Intan ialah agenda DAP hanyalah cukup sebagai agenda yang mungkin mampu mendapat sokongan sekaligus kemenangan di beberapa tempat sebagai simbol kepada sistem demokrasi tapi tidak akan mampu mendapat sokongan dari keseluruhan masyarakat Malaysia. Senario politik ini perlu diperakui agar tidak menjadi mangsa keadaan untuk tempoh yang panjang dari konteks kontrak sosial.

Kamu orang sebagai penyokong PR boleh kah menafikan kempen ini ya.? ☺


Posted via Blogaway

No comments: