Sunday, February 24, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Semporna Bersama Dato Sri Shafie Apdal

SHAFIE AJAK UMAT ISLAM AMALKAN PENDEKATAN WASATIYYAH DAN BERKASIH SAYANG SESAMA UMAT.

SEMPORNA: Menteri KKLW, Datuk Seri Panglima Shafie bin Haji Apdal menegaskan agar masyarakat mengamalkan pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam setiap tindakan seharian.

Katanya, manusia ini harus bersederhana samada berhubung duniawi atau akhirat, yakni hidup ini perlu diimbangai seperti juga kesihatan diri kalau kita terlampau makan daging maka kita akan mendapat darah tinggi, juga kalau kita terlampau banyak tidur, maka otak kita akan lemah atau diri akan merasa sakit, maka itu kita perlu bersederhana dalam apapun tindakan.

Menurutnya, amalan dan sirah wasatiah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, baginda bersederhana dalam beramal dan menjalankan tanggungjawabnya. Apa lagi negara ini dihuni oleh pelbagai jenis bangsa dan agama, maka pendekatan wasatiyyah itu amat penting.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 1434H/2013M Peringkat daerah Semporna di Dewan Masyarakat Daerah Semporna.

Hadir sama Ahli DUN Senallang, Dato Nasir Bin Tun Sakaran. Ahli DUN Bugaya, Dato Ramlie Bin Marhaban. Serta Ahli DUN Sulabayan, Dato Herman Bin Mohammad

“Keterlibatan belia belia dan para remaja dalam sambutan seperti ini perlu diusahakan agar nilai nilai kasih sayang boleh diterapkan pada diri mereka, seperti mana sifat Rasullulah yang mementingkan kasih sayang dalam kehidupan sehariannya. Lihat saja sebelum ini solat lima waktu sepatutnya 50 kali sehari tapi kerna kasih sayangnya baginda kepada umatnya, baginda telah memohon kepada Tuhan untuk dikurangkan kepada hanya 5 waktu sehari semalam", katanya.

Tambahnya, sikap kasih sayang ini akan mampu melahirkan masyarakat yang harmoni apa lagi kalau ia disusuli dengan semangat yang bersungguh dalam mendukung pemerintah. Jangan saja kasih sayang itu hanya ada di bibir tapi ia tidak mampu terjemahkan dalam konteks pemimpin dan parti.

Justeru, katanya, yang memimpin harus menyayangi mereka yang dipimpin dan yang dipimpin harus menyayangi mereka yang memimpin.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai masyarakat Semporna dan telah mengikuti Perhimpunan dan Perarakan yang bermula dari Padang Besar Pekan Semporna ke Dewan Masyarakat Daerah Semporna.








No comments: