Salam 1Malaysia,
Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan perlaksanaan satu proses pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Beberapa transformasi yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kebelakangan ini seperti pengenalan perlaksanaan dakwat kekal dan menambah baik proses undi pos, sekali gus menjadikan prinsip demokrasi kita menjadi semakin kukuh. Hari ini, kita telah bersetuju untuk terus memastikan proses pilihan raya negara kita bersih dan adil dengan mengikuti sistem demokrasi standard antarabangsa. Saya berasa bangga selepas menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya dan sebaik selepas nama calon-calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang diumumkan, saya akan pastikan kesemua mereka menandatangani ikrar tersebut.
Latar belakang setiap calon yang akan mewakili BN itu telah pun melalui proses saringan pemeriksaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu bagi memastikan mereka yang dipilih mempunyai nilai integriti yang tinggi seperti yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. Setiap individu yang menandatangani ikrar itu bertanggungjawab memastikan ia terlaksana dan saya serta rakan seperjuangan saya di dalam BN memandang serius akan perkara ini. Pun begitu, semuanya terserah kepada rakyat Malaysia untuk menilai setiap pemimpin politik mereka. Dengan sistem pilihan raya kita yang baru dan semakin baik serta komitmen yang ditunjukkan oleh bakal Ahli Parlimen kita, saya harap rakyat Malaysia dapat terus memberi peluang kepada kami untuk meneruskan agenda transformasi..
No comments:
Post a Comment