Friday, February 22, 2013

Pemberian BR1M 2.0 Oleh Dato Sri Shafie Apdal

SEMPORNA : Seramai 1,500 daripada 17,466 orang masing-masing telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang disampaikan menerusi Ahli Perlimen P189 Datuk Sri Shafie Apdal

Shafie yang juga Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata, pemberian BR1M merupakan kesungguhan kerajaan dalam membela masyarakat, di mana kerajaan sedar akan kesulitan yang rakyat hadapi.

Oleh itu katanya, pemberian bantuan berkenaan adalah merupakan janji yang direalisasikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas diumumkan menerusi Bajet 2013.

Beliau berkata, walaupun pemberian ini tidak seberapa yang hanya berjumlah RM500 tapi gunakanlah dengan sebaiknya. Gunakanlah untuk membeli keperluan pada anak anak yang bersekolah juga keperluan isu rumah.

Shafie berkata, ada cadangan dari pihak menteri agar pemberian ini diteruskan setiap tahun dengan mengurangkan subsidi yang sedia ada dan disalurkan secara tunai kepada rakyat.

Selain itu Katanya, masyarakat di daerah ini seharusnya tidak mendengar cerita kosong dari pihak pembangkang, mereka hanya tahu bersembang di Kedai Kopi dan tidak pun berbuat apa. Keperluan frasarana yang ada di Daerah Semporna ini adalah hasil kerajaan yang ada sekarang dan bukannya pembangkang sepertinya Haji Habi yang hanya tahu membuat cerita kosong. Maka itu jangan sesekali mendengar cerita kelompok ini. Jangan hanya dibelanja secawan kopi maka idealogi pun mudah berubah.

"Pemberian BR1M ini tidak memilih apa pun fahaman politik samaada dia mendukung politik PAS, DAP atau PKR atau apapun jenis kaum sebab kerajaan sedar akan namanya rakyat Malaysia" katanya.

Beliau sempat mengingatkan pada hadirin bahawa pendidikan adalah kunci kepada maju mundurnya satu satu bangsa. Beliau juga mengingatkan agar marhaen memilih parti BN di Pilihan Raya Umum (PRU) agar kebajikan masyarakat tetap terjamin hingga kegenerasi seterusnya.

Ketika ditemu ramah dalam sidang media selepas menghadiri Program Pemberian BR1M di Dewan Masyarakat Semporna dan sejerus selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin di Kampung Kubang Damai beliau menegaskan bahawa pemberian BR1M 2.0 ini bukannya untuk memancing undi sebabnya pada tahun lepas kerajaan juga ada memberikan bantuan yang sama yakni BR1M 1.0 sedangkan tarikh PRU pada ketika itu masih jauh, ini jelas membuktikan kerajaan memang prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

Hadir sama, Yb DUN Senallang, Dato Nasir. YbDUN Bugaya, Dato Ramli dan Yb DUN Sulabayan, Dato Harman. Serta Penolong Pegawai Daerah (ADO), Norsih Nusuri.




No comments: