Friday, February 22, 2013

Perdana Menteri Hadir Di Perhimpunan Anak Anak Kelate 2013

Saya hadir ke Majlis Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Baru-baru ini, Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelantan 2013 telah dianjurkan di Stadium Putra Bukit Jalil. Saya turut sama hadir pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 20,000 anak-anak Kelantan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan serta Melaka.

Saya berjanji kepada seluruh rakyat Kelantan yang Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menjaga hak serta kebajikan rakyat sekiranya diberi mandat di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Dalam usaha membawa perubahan di Kelantan, BN akan membawa imej Islam sebagai agama kemajuan, progresif dan berpaksikan kepada kejayaan.

Selain itu, saya turut memberi jaminan bahawa tujuh janji yang pernah diumumkan oleh saya semasa Program Jelajah Janji Ditepati di Kelantan bulan lalu akan dijadikan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang. Malah, saya yakin ada di antara janji-janji tersebut mampu dilaksanakan lebih awal. Justeru itu, berilah mandat kepada BN supaya matlamat untuk membangunkan Kelantan tercapai.

No comments: