Monday, February 23, 2015

Dores Jones Dan Pengikutnya Wajar Di Ingatkan Secara Tegas



Dores Jones ni sebenarnya cuba mencipta sejarah, sejarah pertumpahan darah di negeri Sabah. Melebihi apa yang berlaku di Lahad Datu dua tahun lepas.

Tidak berani tampil tapi berlagak pejuang atas nama orang Sabah. Isunya siapa orang Sabah yang dimaksudkan tu. Sabah ini dihuni oleh pelbagai jenis kaum bangsa yang berhak menentukan masa depan negeri Sabah, yang mana satu.?

Mereka terdiri dari Bajau, Suluk, Bugis dll malah sebahagian besar KDM tidak bersetuju dengan agenda SSKM yang cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Selain gerakan keluar, agensi SSKM juga seolah olah menafikan kewarganegaraan bangsa selain KDM SSKM di bumi Sabah. Faktor ini menambah mangkin penolakan terhadap agenda SSKM.

Sekarang gerakan sengal SSKM rancak memancing masyarakat baik di ruang maya atau  di dunia nyata. Baru baru ini seramai 10 individu telah di cekup sebab menyebarkan petisyen di Tuaran dan Lahad Datu. Lucunya ketika mereka memancing masyarakat yang mereka jadikan umpan ialah perjanjian 20 perkara, sebab kononnya tidak dipatuhi. Di hujung cerita, mereka mengajak masyarakat keluar dari Malaysia. Sedang dalam perjanjian 20 itu sendiri tidak pun membenarkannya.?

Walaubagaimanapun kumpulan tahanan yang menghasut dibebaskan selepas mendapat jaminan polis.

Kita tegaskan agenda SSKM tidak akan kemana. Diandaikan pun SSKM mendapat sokongan dari masyarakat Barat yang ingin melihat kemusnahan Malaysia. Tapi secara realitinya majoriti masyarakat Sabah tidak bersetuju. Telah terbukti melalui   mana mana keputusan PRU tidak pernah parti pembangkang yang bertanding tapi mengangkat agenda perjanjian 20 perkara sebagai manifesto mendapat perhatian, jauh sekali kemenangan. Nah apa lagi agenda agenda autonomi.?

Jumlah penduduk Sabah sehingga 2010 ialah berjumlah 2,316,963 orang. Seperti mana pecahann di bawah :- lepas itu mari kita buat kira kira bodoh, keberangkalian sokongan masyarakat Sabah terhadap SSKM berdasarkan kuantiti.

MELAYU> 184,197

KADAZANDUSUN> 568,575

BAJAU> 450,279

MURUT> 102,393

BUMIPUTRA LAIN> 659,865

CINA> 295,674

INDIA> 7,453

LAIN-LAIN> 48,527

Kita anggaplah semua KDM dan Cina memihak SSKM yang berjumlah 864,249 orang. Bagaimana pula dengan lain lain kaum selain KDM dan Cina yang berjumlah 1,452,714 orang, yang besar kemungkinannya menolak agenda autonomi oleh SSKM.?

Ingat nilai petisyen  ditentukan berdasarkan jumlah yang bersetuju terhadap satu satu agenda. Bukannya cerita di kedai kopi yang kedengarannya ganas.

Atau tetap membuat tuntutan walaupun akan mencetuskan perang saudara.? Adeh. Fikir panjang panjang.

Lain itu cuba fikirkan, agaknya berapa tahun yang diperlukan oleh kumpulan pengangan autonomi bagi mendapatkan sokongan daripada masyarakat Sabah, pada waktu yang sama apa agaknya yang akan berlaku pada KDM SSKM dari konteks sosioekonomi? Selamanya sibuk tapi habuk pun tidak ada. Kekayaan yang dipersoalkan, selamanya diambil kesempatan oleh orang lain.

Fikir dan renungkan. Lupakan agenda SSKM sengal ni. Selain perjuangan sempit yang tidak kemana. Mereka yang terlibat juga sebenarnya sedang menempah bilik penjara.


1 comment:

Anonymous said...

Bersatu kita majukan sabah dalam malaysia