Wednesday, February 11, 2015

Anwar Keluar Penjara Khas Untuk Anifah Aman.

Selasa depan Anwar Ibrahim akan keluar dari penjara Sungai Buloh walaupun telah dikenakan hukuman penjara selama tempoh lima tahun kerana kesalahan meliwat Saiful tapi atas tujuan memberikan keterangan di Mahkamah ekoran kes samannya terhadap Anifah Aman.

Kes disebut sebab sebelum ini Anifah Aman ada mengeluarkan kenyataan yang beliau ada di tawarkan oleh Anwar Ibrahim sejumlah wang untuk beliau dan kawan kawannya keluar dari BN sekaligus membentuk kerajaan PR. Tapi Anwar menafikannya.

Pada kali ini kita merasakan keterangan yang akan dilontarkan oleh Anwar Ibrahim akan penuh dengan spekulasi hingga mampu mencetuskan ketegangan politik dalaman BN. Terutamanya antara BN dan masyarakat.

Harus Anifah Aman lebih bersedia dan berani membuat pendedahan siapa lagi yang terlibat serta pendedahan yang lebih lanjut. Jangan sampai BN Sabah turut terpalit, Sabah ini negeri simpanan tetap kepada BN. Jaga sikit kepercayaan masyarakat Sabah.


No comments: