Bukan gambar semasa, tapi di lokasi yang sama, Monorail.
Tadi pagi kan, saya menaiki monorail. Sedang saya duduk saya di dekati oleh seorang individu yang pada pendapat saya agak berpendidikan.
Bertanya, datang dari mana, saya kata dari Sabah. "pengangkutan macam ini ada kah ya di Sabah" tanyanya. Saya kata, tidak ada. Berserta alasan tertentu.
Sepatutnya sudah ada, Sabah terlalu kaya. Selepas itu dia mempersoal kewujudan Universiti Malaya yang sepatutnya wujud di negeri Sabah dan Sarawak. Universiti yang ada sekarang agak menyusahkan.
Kurang itu dia sentuh pula, pemberian BR1M, dia bersetuju tapi sepatutnya RM3000 sebulan bukan macam sekarang hanya ratus setahun. Saya tanya, pemerintah mampu kah. Dia kata, mampu sangat sangat.
Sengaja tidak mengkayakan masyarakat Sabah dan Sarawak, pada pendapatnya adalah sejenis strategi politik supaya dengan itu masyarakat di dua negeri kekal bersikap bodoh terhadap apapun isu. Kesimpulannya kan, dia ingat kebanyakannya orang Sabah jauh ketinggalan, bodoh bodoh belaka.
Selepas itu saya keluarkan buka apps (macam paper port) di phone diri, saya tunjukkan sedikit kenyataan kenyataan dari pemimpin pemimpin pembangkang. Dia tersenyum
Saya juga tersenyum. Terfikir juga, apa individu berkenaan memang sengaja mengagak diri kah.?
Kami bersurai setelah sampai ke destinasi.
Lupakan babak perbualan sebab ia hanyalah retorik politik. Moralnya, jentera politik pembangkang bergerak pada semua keadaan demi namanya kemenangan. Kita pula tetap statik, merasa selesa dengan apa yang ada, walaupun macam nyawa nyawa ikan, terutamanya di separa bandar.
Apa lagi bab berpolitik di ruang maya, macam saja tidak berkeupayaan.
Mohon pencerahan.?
Tuesday, February 3, 2015
Cerita Politik Di Monorail
Labels:
jalinanpolitik,
Sabah,
Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment