Tuesday, February 17, 2015

Apa Salahnya BN Memasang Calon Di PRK Chempaka.?

Apa salahnya kalau BN bertanding di DUN Chempaka. Apa yang tidak kena, kerja apa yang akan terjejas. Kerjasama memulihkan Kelantan dari kesan bencana banjir kah. Tapi kan boleh diteruskan selepas PRK.

Persoalan, akan timbul perasaan marah benci pada BN perkara lumrah  di dalam politik. Jangan fikirkan sangat.

Jangan lupa UMNO dan PAS adalah parti  yang  berlawanan dan terus berlawanan sehinggalah ada ura ura yang jelas yang dua parti ini akan bersatu, nah pada ketika itu barulah tidak ada keperluannya BN turun bertanding. Ertinya budi bicara yang tidak diikat dengan kerjasama politik adalah pendekatan yang sia sia tidak pun ia menguatkan BN. Apa lagi di negeri totok pembangkang.

Tidak memasang calon di PRK Chempaka yang dikuasai oleh pembangkang pada masa yang sama terlalu mengutamakan kebajikan negeri negeri yang di perintah oleh pembangkang hanya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong BN. Seolah olah negeri negeri kubo BN hanya di jadikan kilang kemenangan sedang negeri pembangkang dijaga rapi.

Rasa simpati atas pemergian Tok Guru Nik Aziz sudah berlalu. Telah pun masyarakat Malaysia termasuklah penyokong BN menyimpan simpati, diterjemahkan dengan menyedekahkan Al Fatihah. Ertinya kewajipan sesama umat Islam sudah ditunaikan. Jadi tidak timbul persoalan, alasan tidak bertanding sebab menghormati pemergian arwah Datuk Nik Aziz.

Secara peribadi admin berpendapat, sebaiknya BN meletakkan calon di PRK Chempaka. Jangan fikir bab  kalah atau menang tapi jadikan alat untuk mengukur sejauh mana masyarakat terutamanya di DUN Chempaka menerima BN.

Tidak timbul soal kalah atau menang. Sebab jangankan menang di PRK sedang PRU sekalipun belum tentu BN mendapat kemenangan. Ini soal perjuangan.

Kalau selepas kerja berkebajikan  masih tidak mampu menambah sokongan terhadap BN. Maka pendekatan yang baharu perlu difikirkan. Ini antara matlamat kenapa  BN mesti bertanding di PRK Chempaka.

Konsep hanya bertanding di PRK Permatang Pauh tapi tidak PRK Chempaka, atas alasan yang tidak jelas, adalah alasan yang akan melemahkan UMNO.

Walaubagaimanapun kita akan akur, andai alasannya agak realistik yakni tidak melemahkan semangat juang masyarakat politik pro BN.


No comments: