Friday, December 19, 2014

Ternakan Babi Memang Hak Pemimpin Selangor, Tapi.

Memang UMNO tidak hak, sebab hak pemilikan tanah terletak di tangan kerajaan negeri. Tapi dari konteks Malaysia sebagai negara Islam yang diperintah oleh organisasi UMNO wajar juga pentadbiran pusat mempersoalkannya.

(Sebelum ini pemerintah pusat dibawah pentadbiran organisasi UMNO ada mempersoal usaha kerajaan negeri Selangor yang ingin membangunkan ladang ternakan babi mungkin terbesar di Malaysia)

Tapi mereka pemimpin PR di Selangor tidak sedar dengan teguran itu nanti, sekurang kurangnya syarikat yang mengendalikan ladang ternakan babi itu nanti dapat melaksanakannya dengan lebih bersistematik. Tidak lah kotor bagai yang menjijikkan.

Inilah masalah pembangkang di Malaysia. Mereka kritikal menegur apa pun kerja pemerintah, walaupun dalam hal yang sangat remeh. Tapi bila masyarakat bersikap sinis keatas teguran yang mereka timbulkan, masyarakat ini pula yang dipersalahkan sebab tidak memahami konsep demokrasi. Begitu juga bila pemerintah menegur kerja kerja pentadbiran PR yang tidak berfaedah khasnya di negeri Selangor. Tidak juga kononnya memahami konsep demokrasi, terlalu taksub dan macam macam lagi. Lucu, politik yang tidak memberikan manfaat.
Sebenarnya, organisasi pembangkang lah yang paling tidak demokrasi, sempit tidak boleh menerima teguran. Lihat saja pada isu penternakan babi seperti sekarang, yang akan di bina di Kuala Langat. Dengan penuh emosi, mempersoal keterlibatan pusat sebagai pentadbir negara. Mungkin saja mereka yang sudah lupa diri. :O

Puak tu hanya pandai kononnya mengkritik tapi tidak boleh di kritik, jauh sekali memuji kerja kebajikan yang telah di laksanakan oleh pemerintah. Demokrasi apa tu.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: