Masyarakat atau ahli UMNO boleh bercakap mengenai UMNO dan PR tapi jentera UMNO "wajib" bercakap pasal PR.
Apa yang kita nampak sekarang, terutamanya jentera UMNO tidak mempersoal politik PR. Mahu di kata selesa tidak pula, sebab rata rata penganalisis politik merumuskan, UMNO/BN berhadapan dengan krisis sokongan, hanya kuat di luar bandar dan kekuatan ini yang terlalu di banggakan.? Adeh
(Untuk makluman, PAS tidak henti henti menganjurkan ceramah politik. Ceramah mereka berkisar soal UMNO, walhal PAS dan DAP kedengarannya sudah tidak sehaluan ekoran ura ura perlaksanaan hudud, tapi tidak pula dikritik)
Ada beberapa faktor yang menyebabkan senario jelek diatas berlaku. Antaranya, kepimpinan UMNO tidak alert sekaligus menghargai penyokong mereka yang bijaksana lagi komited terhadap UMNO. Yang diberikan kedudukan ialah mereka yang duduk diam lagi tidak pun membantu mengukir UMNO di hati masyarakat. Oleh itulah kalau kita perhatikan masyarakat terutamanya penyokong UMNO yang agak bijaksana malas bercakap pasal UMNO, semakin mereka berusaha, semakin itu mereka pinggirkan,kurang itu dilihat pula seolahnya ancaman.
Senang cerita mereka dinilai sama dengan kumpulan penyokong yang tidak berbuat apa, cakap saja besar walhal kosong. Jadi untuk apa mereka berusaha keras.?
Harus juga pemimpin utama UMNO sedar jangan ingat semua ahli atau jentera UMNO ikhlas melihat kejayaan UMNO, ada tu dikalangan mereka yang ingin melihat kehancuran UMNO. Dan mereka ini akan menghalang mereka yang komited dan bijaksana tadi dari diberikan kedudukan hinggalah mereka bertukar kepada penentang.
Sebab itulah harus lebih alert agar mereka yang bijaksana dan komited di berikan kedudukan yang baik, sebab telah menyumbang/berkerja dengan ikhlas. Bila ikhlas Allah sentiasa bersama UMNO. Tapi kalau UMNO di huni oleh mereka mereka yang hipokrit dan tidak ikhlas, lama kelamaan UMNO akan berkubur, sebab Allah tidak lagi bersama UMNO, hanya kerana mereka.
Sikap yang Hipokrit lagi tidak ikhlas mampu membawa pelbagai kemungkinan jelek yang sangat merugikan masyarakat dan UMNO sendiri.
Pada saya, meletakkan hak pada tempatnya, itulah yang dimaksudkan dengan meremajakan UMNO.
Ingat jenis doa yang paling cepat di makbulkan Allah ialah doa orang orang yang teraniaya/ikhlas walaupun bilangan mereka tidak ramai.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment