Sunday, December 21, 2014

Kenapa Kita Tidak Boleh Mudah Melatah Di Dalam Politik

Begini ceritanya di lapangan politik ni. Selama dua pihak saling bertentangan kerana fahaman politik.
(Tapi selepas ini kita harus bersikap positif terhadap lawan selepas mana kita puas bertoleransi)

Mana mana penyokong/pihak yang mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti agama dan bangsa atas tujuan politik. Maka hukuman yang paling wajar untuk mereka ialah jangan sokong parti yang mereka dokong. Oleh itu jugalah kenyataan yang kita keluarkan harus mempunyai sebab musabab yang jelas, jangan main hentam kromok nanti golongan masyarakat atas pagar ingat kita yang mencetuskan.

Untuk itu pemimpin negara harus bertenang jangan mudah campurtangan, juga jangan mudah para penyokong terutamanya penyokong pemerintah membuat desakan agar pemimpin tertinggi membuat tindakan drastik, susulan kenyataan lawan yang tidak menyenangkan tadi.

Faham bha kan apa yang saya maksudkan ni, kalau faham, itu juga sejenis strategi politik. Cuba kamu orang fikir sejenak, kenapa pihak lawan suka mengeluarkan kenyataan yang provokatif.? Selain boleh mengukuhkan ikatan dikalangan mereka, mereka sedia faham dengan sikap perangai sebahagian besar masyarakat Malaysia mudah menghukum tidak tentu pasal, walaupun tidak tahu apa hujung pangkal. Jadi mana mana pihak yang mengeluarkan kenyataan yang lebih keras daripada kenyataan asal lagi sengaja dipanjangkan, nah pihak itu yang akan di nilai jelek oleh masyarakat ramai. Sentiasa ingat, politik di Malaysia adalah soal persepsi.

Kesian juga ya, segelintir masyarakat termasuklah segelintir pemimpin politik tidak kira pemerintah atau pembangkang memiliki attitude yang jelek. Tapi yang terpalit itu UMNO.

Begini rupa bentuk politik adalah kerana sikap masyarakat Malaysia itu sendiri. Kekadang saja mereka ingat parti politik sejenis agama. Sejujurnya kan keadaan ini memang sukar untuk berubah, terutamanya di setengah tempat di Semenanjung. Untuk itulah demi kelangsungan bangsa Malaysia, setiap dari kita harus juga berubah, supaya kekal bersama pemerintah. Serius. Biarkan saja pembangkang menjadi pembangkang, sebagai pemerhati kepada tindak tanduk pemerintah yang kekadang terkehel.


Posted via Blogaway Jals

No comments: