Wednesday, December 24, 2014

Brunei Menghalang Perhiasan Sambutan Hari Krismas

Kita tahu sebelum ini Negara Brunei terkenal dengan perlaksanaan undang undang Islam.

Di negara Brunei, pemerintah negara itu melarang dengan tegas. Pemilik premis memasang perhiasan yang berkaitan dengan sambutan perayaan Hari Krismas, terutamanya perhiasan pokok Krismas.

Walaubagaimanapun, tindakan berkenaan telah mendapat kritikan negatif dari kumpulan individu sebagai kononnya begitulah kalau negara berstatus negara ketiga mundur dari pelbagai aspek terutamanya mungkin kebebasan beragama.

Kamu orang nampak tak, untuk memartabatkan Islam bukannya kerja yang mudah. Sebab Islam dilihat dari sudut yang sangat logik oleh golongan yang tidak memahami agama secara tuntas. Maka itulah apapun perlaksanaan yang melibatkan kepentingan Islam, akan tu wujud percanggahan, walhal agama adalah soal kepercayaan yang diyakini dan sangat ghaib.

Di Malaysia, kumpulan pelampau agama memohon agar kalimah Allah boleh digunakan oleh mereka yang bukan Islam. Agaknya lah kalau tuntutan ini berlaku di negara Brunei, apa agak nasib yang bakal di terima oleh kumpulan penuntut berkenaan ya, sedang pokok pun di larang sama sekali.


Posted via Blogaway Jals

No comments: