Wednesday, December 10, 2014

Sabah Kaya Tapi Miskin

Kalau saya tidak menyentuh kemiskinan di negeri Sabah nanti pula saya di kata Blogger banggang, jadi ambil ini  ;-)

Negeri kaya tapi masyarakatnya kedana. Pada satu keadaan ada kebenarannya.

Peluang kononnya digantung untuk direbut tapi apa yang berlaku, hanya mereka yang berada pada kedudukan tinggi yang mampu mencapainya. Sering saja kemiskinan masyarakat ini di pulangkan pada kononnya sistem yang tidak dipatuhi sedangkan ia dicipta hanya untuk mereka yang berkeupayaan, tanpa mereka sedari.

Ertinya masyarakat Sabah yang tidak melihat kemiskinan dari konteks kekayaan negerinya, adalah mereka masyarakat Sabah yang bodoh.
Kamu orang tahukah, jangan kan masyarakat Sabah yang sekelumit lagi hanya tahu mengangguk ini boleh senang tanpa berbuat apa. Sedang masyarakat Malaysia secara keseluruhannya boleh juga berbuat sama tapi senang sampai bila bila. Kerana apa, kerana Malaysia atau saja Sabah terlalu kaya dengan pelbagai sumber alamnya.

Malaysia  membangun hasil keluaran sumber alamnya. Tidak disebabkan oleh mana mana faktor atau sumber apa lagi sumber itu datang hasil dari kebijaksanaan manusia. Kebenaran ini harus kalian sedari. Tidak seperti negara Jepun dan Korea terpaksa masyarakatnya yang berhempas pulas untuk melahirkan humanelektronik bagi mengangkat negara bangsa mereka.

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Maka itu harus di betulkan, ada beberapa faktor yang menyebabkannya.

Pokoknya masyarakat Sabah tidak mengecapi apa itu simpanan tetap dari konteks politik. Jangan pula selepas ini hanya kumpulan kumpulan itu yang tetap mendapat kebaikan, mentang mentang lah mereka juga orang Sabah. Cari, selepas itu letakkan hak pada tempatnya.

Kekadang boleh tersenyum bila topik sampai ke bulan. :-D


Posted via Blogaway Jals

No comments: