Wednesday, December 3, 2014

Menteri Besar Pahang, Naik Minyak.?

Tidak tahulah kalau benar akan berlaku yang Menteri Besar Pahang akan memfailkan saman terhadap Akhbar Utusan. Sama juga kedegilannya dengan editor akhbar Utusan, tidak pun membuat kenyataan maaf secara terbuka dari mengelakkan diheret ke muka pengadilan/Mahkamah. Walaupun diminta berbuat demikian.

Tapi, agak agak kamu orang lah, akhbar Utusan itu nanti di dapati bersalah kah ya.?

Artikel pada satu kolum di akhbar Utusan, mengkritik kelemahan Menteri Besar Pahang, sebagai tidak berjaya membangunkan negeri Pahang. Memandangkan Cameron Highlands, sarat dengan kehadiran PTI yang mencecah 30,000 orang. Apa lagi menurut penulis tidak ada pembangunan yang boleh dibanggakan selama Adnan menjadi MB sejak 1999

Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh penulis adalah benar, Menteri Besar Pahang tidaklah hebat mana. Sewajarnya beliau mengundurkan diri.?

Ada main saman saman pula. Rupanya Menteri Besar Pahang sangat lemah. Tidak ingin mengakui kelemahan diri. Kalau iya pun buatlah kenyataan yang membidas bagi tujuan membetulkan. Sila tunjukkan kehebatan diri kalau memang tidak mahu di label sebagai lemah. Apa selama ini akhbar Utusan tidak pernah berjasa kepada BN umumnya khasnya Menteri Besar Pahang.?

Seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, paling tidak belaci politik yang tampil sebagai kononnya pejuang. Selepas pentadbiran negeri Sabah mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuklah daripada diri. ;-)


Posted via Blogaway Jals

No comments: