Saturday, December 27, 2014

Kecewa Dengan Akaun Twitter @MusaHjAman

Sesuatu yang mengecewakan, terutamanya pada masyarakat sivil seperti kami.

Mulanya akaun Twitter diri, Jalin Luin di Follow oleh admin akaun Twitter Datuk Seri Musa Aman tapi sekarang tidak lagi, Unfollower pula. Ini mungkin ekoran kritikan ikhlas diri sebelum ini terhadap pentadbiran negeri yang pada pendapat kami agak lemah. Rujuk saja keputusan PRU13 di peringkat negeri Sabah, BN telah kehilangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen. Selain isu semasa yang telah memalitkan kepimpinan Musa Aman dan kalau tidak di akui untuk diperbaiki, kami percaya lama kelamaan akan bertukar kepada liabiliti.

Admin dengan mudah melupakan, sokongan yang telah kami berikan sebelum ini. Bukan admin Musa Aman tidak tahu, kerja keras kami yang serba sedikit telah menyumbang kepada kemenangan BN pada PRU13 yang lepas. Adeh

Itulah akibatnya kalau individu tidak jelas akan politik tapi diberikan tanggungjawab besar. Mahu saja mencari sokongan yang boleh  membawa rebah. Adeh

Kurang itu, menurut perkhabaran dan pemerhatian saya. Ini pentadbiran negeri ni, hanya menguntungkan mereka penyokong PR yang selama ini berusaha keras menumbangkan BN pada PRU13 yang lepas. Selepas PRU.

Mereka penyokong tegar PR dari semua lapisan hanya perlu, melontarkan komen yang kononnya membela Musa, dengan itu mereka akan mendapat kelebihan. Lihat saja, komen komen mereka bila ada isu yang mempersoal pentadbiran negeri. Kesemuanya kononnya garang, menunjukkan kehebatan. Kehebatan apa kalau sebenarnya musuh yang membahayakan. Buktinya lihat wall mereka sebelum ini, tidak ada tentu entri yang menyentuh politik, apa lagi politik BN khasnya Musa. Atau pergi ke Group politik yang hangat, cek kalau ada nama mereka. Nah tidak ada tu.

Maka itu, tidak salah kalau kita tafsirkan mereka sebagai liabiliti kepada BN. Hanya tahu membodek.

Pada pentadbiran negeri atau saja admin kepada mana mana individu atau Group yang pro BN khasnya di negeri Sabah. Jangan lah mudah di bodek, teliti siapa mereka. Jangan pula nanti akhirnya menjadi masalah kepada BN.

Jujur saya katakan, berubah sebelum diubah. Namanya tidak ikhlas, lebih kepada membodek, mereka tidak akan mampu memiliki kebijaksanaan.
Soalannya, apa kelemahan/kebebalan tadbir ini adil untuk penyokong BN.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: