Wednesday, December 3, 2014

Pemerintah Bukan Dalang Di sebalik IC Projek, Laporan RCI.

Mengikut laporan RCI, pemerintah UMNO/BN tidak terlibat dengan pemberian IC Projek. Senang cerita tidak ada IC Projek. Titik

Pendapat penulis :-

IC Projek dijalankan oleh kumpulan individu tertentu yang bersubahat dengan kakitangan kerajaan untuk mencari keuntungan peribadi. Ertinya  dalang IC Projek datang dari kalangan mereka atau boleh saja dari kalangan pemimpin pemerintah tapi tindakannya diluar dari pengetahuan ketua parti.

Sebab itulah sebelum ini ada kita mendengar pasal penggunaan akta ISA keatas kumpulan individu yang terbabit dengan IC Projek.

Harus kalian fahami, pemerolehan IC boleh dipohon oleh mana mana individu yang berkelayakan berdasarkan syarat syarat yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan. Bukan hanya melalui pemberian IC Projek. Alahai

Janglah terlalu hairan atau mempersoal hasil laporan RCI ini ya. Sebabnya tidak ada bukti yang kukuh bahwa pemimpin UMNO adalah dalang di sebalik pemberian IC Projek. Sama juga halnya dengan pertuduhan liwat keatas Anwar, ada masyarakat yang percaya ada yang tidak sebabnya bukti yang ada tidak mencukupi atau saja meragukan.

Mari kita berfikiran positif, kalau saja pemberian IC Projek dianggap satu kesalahan yang amat besar hingga membawa kepada dosa, tapi tidak kah setiap dosa senantiasa mendapat keampunan dari Tuhan.? Tak kan pula pihak yang berkenaan lebih agung daripada Tuhan. Adeh

Atau kalau pun cerita pemberian IC Projek ni ada kebenarannya seperti yang didakwa oleh pembangkang terutamanya STAR lalu masyarakat imigran berkenaan mahu dibuang kemana.? Ada kah undang undang yang tersedia yang boleh menarik balik status kewarganegaraan seseorang. Walaupun individu itu tidak melakukan kesalahan jenayah yang boleh mensabitkannya.? Come on, sepatutnya cerita lapuk ini sudah lama di bakul sampahkan. Tidak pun ia mendatangkan manfaat kepada masyarakat asal Sabah. Alahai


Posted via Blogaway Jals

No comments: