Dr Jeffrey Kitingan, sedar tu setakat mana kemampuan mereka bagi menuntut pemisahan Sabah dari Malaysia. Kasih tunggang terbalik ini bumi Sabah pun tetap juga tuntutan mereka tidak mendapat persetujuan daripada ramai masyarakat Sabah. Apa lagi proses undang undang, lagi lah.
Tapi kenapa, dia tetap meneruskannya walaupun dia sedia sedar bahwa tindakannya itu boleh di dakwa dibawah akta hasutan.? Sebabnya dengan berbuat demikian sebenarnya dia telah meniup atau mengapi apikan sentimen kenegerian di antara masyarakat Sabah dan masyarakat Semenanjung, sekaligus menjadi political mileage kepada STAR. Baik dari konteks politik nasional atau saja politik Sabah.
Iya lah kalau dia tidak menggunakan taktik jelek, lalu kemampuan apa lagi yang dimiliki oleh Dr Jeffrey Kitingan. Sedang Bingkor yang dia wakili tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Satu lagi, Dr Jeffrey Kitingan sering berpolemik dengan individu pemimpin yang dulunya bertanggungjawab keatas pemberian IC Projek. Dengan harapan dia terlepas dari tuduhan menghasut.
Tidak semestinya mereka yang telah memiliki IC Projek kesemuanya memihak BN, ada ramai dikalangan mereka yang juga penyokong PR atau saja STAR. Saya tahu dan kenal siapa mereka. Malah kekadang melebih lebih dari Dr Jeffrey Kitingan sendiri.
Kalau saja perbuatan memberikan IC Projek dia hukum sebagai kesalahan yang amat besar yakni sebahagian daripada dosa, tapi tidak kah semua jenis dosa mendapat keampunan dari Tuhan.? Kalau iya, lalu bagaimana dengan kumpulan masyarakat IC Projek berkenaan harus mereka dibuang kemana.?
Serba sedikit, pasti saja mereka telah menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah. Maksudnya Dr Jeffrey Kitingan tidak boleh selamanya berpolemik dengan hal yang telah lepas, harus dia melihat pada dirinya, perpecahan dan kemajuan apa yang telah di dapat oleh masyarakat Sabah sepanjang dia menjadi pemimpin politik.?
Harus dia berhenti sebelum mencetuskan perbalahan di antara bangsa di negara ini. Terutamanya pada kumpulan masyarakat yang telah terpengaruh dan masyarakat yang menafikan pemisahan.
Walaubagaimanapun, kerja berkebajikan oleh sama ada oleh negeri atau saja Federal harus lebih digiatkan. Sebab hakikatnya agenda Dr Jeffrey Kitingan tidak pun kuat mana, tinggal lagi ada ramai masyarakat KDM yang sebenarnya tersisih dari arus pembangunan. Sebab itulah mereka dengan mudah diperdaya.
Sebelum memulakan kerja kebajikan yang lebih giat. Pastikan kumpulan kerja yang akan melaksanakannya terdiri dari kumpul individu yang betul betul bertanggungjawab, segala yang dirancang sampai kepada sasaran. Bukan macam sekarang atau sebelum ini hanya angka yang gah. Adapun masyarakat tetap begitu rupa.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment