Masyarakat Sabah ni kan, tidak pun terkesan oleh kegiatan rasuah dikalangan orang politik. Sebabnya kesan dari rasuah berkenaan hanya berlaku di persekitaran orang politik itu sendiri, adapun pembangunan yang dirancang tetap berjalan. Ia hanya berkisar soal ingin menambah apa yang ada, itu saja. Tapi tidak dinafikan tidak boleh pula keterlaluan, sedang sedang cukuplah. Sebab kalau tidak lama lama membusuk kok itu.
Hakikat yang perlu kita akui ialah tidak ada kekuatan parti politik tanpa amalan kronisme dan nepotisme. Cari lah organisasi parti mana yang terkecuali.
Yang menyebabkan masyarakat Sabah menderita walaupun dalam hal yang remeh tapi bermakna ialah kerana adanya aktiviti rasuah oleh kakitangan kerajaan di hampir semua peringkat, bayangkan budak pejabat turut menerima impalan. Di peringkat inilah masyarakat betul betul terkesan. Yang sepatutnya milik mereka menjadi milik orang lain, hanya kerana orang lain berkenaan orang yang mereka kenali atau saja terdiri dari kerabatnya.
Tapi bila pelaku rasuah yang terdiri dari kakitangan tadi masuk ke lapangan politik, pandai pula kononnya menyalahkan pentadbiran Federal. Ini Sabah begini miskin kerana Federal. Ini lah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment