Benar tu, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun. Disusuli kenyataan dari Menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Apdal. Bahwa ada ramai lagi masyarakat Sabah yang tidak memiliki keterangan diri yang sah. Titik
Pada pendapat dan hasil pemerhatian penulis. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya faktor kemiskinan masyarakat, faktor kemampuan berurusan dan yang paling menyumbang ialah faktor diperalatkan atau di perbodoh oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab. Kenapa persoalan tidak memiliki keterangan diri dikalangan etnik tercatat di dalam laporan RCI.
Bayangkan, sebelum ini pernah menjadi pemilih dalam PRU malah memiliki buku simpanan saham era pemerintahan Berjaya tapi selepas menukar IC nya kepada Mykad, status bertukar kepada PTI. Kenapa tidak setiap kali hadir ke pejabat untuk membuat rujukan penukaran IC. Resit tukarnya hanya di cop. Last last dimaklumkan yang permohonannya telah dibatalkan oleh pusat. Wah, lucu bukan.
Sebab yang dijadikan alasan hanya sesuai untuk mereka yang buta huruf. Kemungkinan besarnya, keterangan diri individu berkenaan telah dijual kepada orang lain. Maklum ketika itu data JPN sedang dalam proses peralihan daripada manual kepada sistem online, mudah lah pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan membuat penipuan.
Akibatnya negara telah kehilangan warganegara yang budiman. Selain penganiayaan terhadap masyarakat.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment