Mangsa bunuh diri di bangunan Centre Point, Kota Kinabalu. Kejadian berlaku malam semalam.
Sejak sejak kebelakangan ini, sering berlaku kejadian bunuh diri, juga di tempat yang sama. Persoalannya kenapa ya, sedangkan mereka terdiri dari generasi muda. Apa agaknya tekanan yang mereka alami ya.?
Menurut agama Islam, hukum bunuh diri ialah dosa, di akhirat kelak individu yang terpalit akan diseksa dengan perlakuan seperti mana dia mati.
Saya ingatlah sebelum kejadian seperti ini menjadi rutin bulanan ada baiknya pemerintah negeri membuat sesuatu, bagaimana untuk mendekatkan diri dengan generasi muda, supaya mereka lebih berkeyakinan. Ingat tanggungjawab seperti ini masih berada di tangan pemerintah.
Paling tidak kempen kesedaran harus ada. Menyimpan papan tanda sebagai ingatan pun boleh dipanggil sejenis usaha.
Ingat, bunuh diri bukan jalan penyelesaian pada apapun masalah yang kalian hadapi. Tidak akan menukar keadaan kepada baik, kalau ia melibatkan orang yang kita benci, orang berkenaan akan bersuka ria, kalau pula melibatkan orang yang kita sayang, perasan kecewanya hanyalah bersifat sementara. Pokoknya mereka yang hidup yang berkaitan dengan kalian, tidak menderita buat selamanya hanya kerana kalian telah tiada.
Dan kalian, berhadapan dengan seksa Tuhan.!!!
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment