Thursday, March 12, 2015

Usul Keputusan Lima Hakim Liwat, Tidak Dipersetujui

Bilangan kerusi pembangkang di Parlimen ada sebanyak 86 kerusi/orang tapi yang hanya bersetuju dengan usul agar keputusan lima hakim yang telah mensabitkan Anwar diperdebatkan di dalam parlimen hanyalah seramai 70 orang. Ada lagi 16 ahli parlimen pembangkang yang menolak usul.

Jumlah keseluruhan kerusi parlimen Malaysia ialah sejumlah 222 kerusi/orang. Maknanya ada seramai 152 ahli parlimen yang tidak menyokong, termasuklah 16 dari pembangkang.

Apa dia punya moral tu, nah mereka yang ketagih turut serta di perhimpunan haram dinasihatkan agar berhenti atau menarik diri. Tidak adapun yang memerhatikannya, sedang pemimpin pembangkang sendiri tidak menyukainya. Di dalam diam mereka mengakui ketelusan sistem kehakiman negara. Itu yang kita dengar semacam tidak berpuashati tu, bukannya apa. Mereka hanya mahu dikenali sebagai pembangkang, biar kedengaran peduli dengan kononnya nasib masyarakat. Sekaligus menukar keputusan mahkamah menjadi keuntungan politik walaupun mereka sendiri menyedarinya. Himmm

Walaubagaimanapun, kalau memang sudi hadir dengan rela hati, ya dipersilakan itu hak di dalam demokrasi. Tinggal lagi hadir lah di perhimpunan yang telah mendapat kebenaran dari pihak Polis. Supaya diri sendiri tidak susah, sudahlah syok sendiri.


No comments: