Tuesday, March 24, 2015

Lee Kuan Yew Lebih Berharga Dari Sultan Johor.?



Sempena upacara istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang dijadualkan pada 23hb Mach 2015. Juga tarikh yang sama matinya Lee Kuan Yew.

Tidak pun surat khabar berbahasa Cina memuatkan upacara Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor sebagai bahan berita seperti mana Surat Khabar berbahasa Melayu dan Inggeris. Tapi kematian mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang terpampang di muka depan.

Itu tidak bererti saya ini perkauman atau terlalu ketuanan. Yang sepatutnya masyarakat Malaysia tidak mengira kaum bangsa serta agama harus saling menghormati apa lagi menghormati Sultan dari konteks Malaysia.

Malah sepatutnya media rasmi berbahasa asinglah yang sewajarnya memainkan peranan di dalam menjaga keharmonian dikalangan masyarakat yang berbilang. Dengan berbuat demikian bukan hanya Melayu yang dikenali sebagai budiman tapi juga kaum kaum utama lain selain Melayu dan Bumiputera yang diketahui sebagai budiman sebab menghormati Sultan. Tidak seperti sekarang masyarakat luar yang terlalu diutamakan. Apa dia punya untung tu.?

Tidak salah kalau pada masa yang sama tidak ada peristiwa penting yang tercatat. Siarlah sepuas hati, cerita anjing beranak pun dipersilakan di muka depan.

Saling menghormati di kalangan masyarakat yang ada di dalam negara amat dituntut memandangkan masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai jenis bangsa dan kaum serta agama.

Boleh saja ini sebahagian daripada strategi DAP, biar bangsa Cina di negara ini tetap taat sesama mereka walaupun jauh di nun sana. Himmm sangat jelek.


No comments: