Tuesday, March 10, 2015

Najib Razak Turut Di siasat Berhubung 1MDB

Ekoran persoalan atau laporan oleh beberapa individu terhadap urus tadbir 1MDB. Hingga memaksa PM Najib memfailkan saman terhadap portal Harakah, sebab mengaitkan 1MDB dengan keuntungan peribadi.

Maka PM Najib Razak akan turut di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Itu menurut kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Untuk itu pasukan khas akan ditubuhkan.

Ini yang masyarakat mahu kan, transparent. Nah pemerintah akan melakukannya.

Sebelum ini pernah admin katakan daripada pembangkang yang mendapat untung hasil kerja politik mereka sebagai pembangkang, kenapa tidak berbuat sesuatu yakni benda yang sama supaya untungnya balik kepada BN.

Kita masyarakat harus memberikan pujian. Pada masa yang sama terutamanya penyokong pembangkang agar bersedia pula di dalam menyikapi  tindakan yang mungkin akan dikenakan terhadap mana mana pemimpin pembangkang, jika mereka disiasat sekaligus di dapati bersalah ya. Jangan terlalu membelakangkan akal, tidak ada yang mahsum khasnya dari konteks politik tidak terkecuali pemimpin pemimpin pembangkang.


No comments: