Tuesday, March 17, 2015

Saifuddin Abdullah Dan Nurul Izzah Dua Dua Sandiwara



Lain yang buat hal lain yang membidas. Ekoran penangkapan Nurul Izzah oleh pihak Polis. Mengikut Saifuddin Abdullah, penangkapan Nurul Izzah telah melanggar imuniti seorang ahli parlimen. Selayaknya Nurul Izzah hanya boleh di bahasakan oleh Tuan Speaker. Lebih kurang begitulah apa yang Saifuddin mahukan.

Benar kata seorang ahli Group Whatapps, Saifuddin hanyalah cuba untuk mencari kerelevanan politik mengikut pergolakan politik semasa. Atas alasan apa, kita pun tidak jelas. Sandiwara untuk mendapatkan perhatian dari pemimpin yang berwajib. He

Tujuan sebenar Nurul Izzah membuat tuduhan kesat terhadap sistem kehakiman negara baru baru ini di sidang Parlimen adalah untuk mendapatkan perhatian pihak berkuasa dan yang paling penting masyarakat. Keterlibatan pihak polis selepas itu adalah agenda tersirat di sebalik apa yang berlaku di dalam sidang.

Terbukti benar, dia ditahan reman satu malam. Nah cuba lihat reaksi masyarakat selama tempoh penangkapan, ada ramai yang menyimpan kasih. Di tambah gambar saat penangkapan oleh Wan Azizah yang sengaja di viralkan. Itu semua adalah strategi politik selepas ketiadaan Anwar.

Selepas beberapa perhimpunan Kitalawan ia tidak mendapat sambutan dari masyarakat. Oleh itu harus masyarakat ini dihidangkan dengan kejadian yang berupa penganiayaan berbentuk real berlaku di depan mata.

Kamu orang ingat Nurul Izzah tidak tahu apa apa kah, pasal peraturan di sidang Parlimen. Di mana ahli parlimen tidak boleh mempersoal sistem kehakiman negara.?

Sidang parlimen adalah tempat, dimana ahli parlimen menyuarakan kehendak masyarakat secara keseluruhannya bukan untuk keuntungan orang perseorangan. Lihat Datuk Ghafur Salleh sedikit berbicara pasal 20 perkara, ada dia ditangkap di bawah akta hasutan.? Tidak ada bukan, sebab Ghafur telah mematuhi peraturan sidang walaupun serba sedikit apa yang dia angkat menjejaskan perhatian masyarakat terhadap BN.


No comments: