Thursday, December 25, 2014

Tidak Boleh Salahkan PM Najib Hanya Kerana Banjir.

Tak boleh kita menyalahkan PM Najib Razak hanya kerana banjir yang melanda sedangkan beliau berada di luar negara. Apa lagi beliau sedang mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.? Itulah kerja seorang perdana menteri bukan hanya duduk di dalam negara, macam pegawai kerajaan.

Buka kah di setiap negeri ada Menteri Besar yang telah dilantik, mereka lah yang lebih bertanggungjawab keatas kesejahteraan negerinya.

Seperti contoh banjir di Selangor, Kajang dan Kelantan, siapa yang harus bertanggungjawab, PM Najib Razak juga kah, ada dimana MB Azmin Ali, Yb DUN Kajang, Wan Azizah. Begitu juga dengan Menteri Besar Kelantan serta pemimpin pemimpin pembangkang. Setahu saya ada diantara mereka yang sedang melancong ke New Zealand. Kenapa tidak menyalahkan mereka.?

Yang lagi menghairankan, mereka penyokong pembangkang pula yang sibuk mempersoal kehadiran PM Najib Razak, tapi tidak pada pemimpin mereka yang jelas tidak bertanggungjawab.

Kalian yang tidak berpuashati harus faham, PM Najib Razak tidak pun pergi melancong suka suka sambil bermain golf. Beliau sedang bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, atas urusan negara.

Apa lagi pertemuan yang dirancang telah berlaku, mana boleh meninggalkannya begitu saja. Lain lah kalau bencana yang berlaku akibat peperangan sepertinya serangan bersenjata dari negara luar yang telah menyebabkan sebuah negeri yang telah hancur. Barulah boleh balik serta merta walaupun ketika itu sedang berbincang bersama Obama, sebab ia telah melibatkan kedaulatan sebuah negara.

Dalam pada itu, sepeninggalan PM Najib Razak keluar negara, sempat lagi beliau meninggalkan pesan melalui  akaun Twitternya sebagai permakluman umum. Bahwa semua keperluan mangsa banjir akan di hantar dengan kadar yang segera dan semua agensi yang terlibat akan dikerah ke tempat banjir bagi memberikan bantuan.

Jangan salahkan PM Najib Razak, beliau sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Negara. Lebih baik kalian persoalkan secara tegas ada dimana tanggungjawab pemimpin pembangkang dari konteks banjir. Jangan pula kalian kata mereka sedang sibuk mengutip derma ya, sebab itu bukan kerja mereka. Atau kononnya sedang mengharungi bahaya banjir, sebab itu juga bukan jalan penyelesaiannya.


Posted via Blogaway Jals

No comments: