Saturday, December 27, 2014

Banjir, Akui Kelebihan Pemerintah.

Maksud di sebalik momokkan berpanjangan terhadap PM Najib dan barisan kepimpinan BN. Ekoran banjir yang melanda negeri negeri di pantai timur Semenanjung terutamanya di Kelantan. Telah secara langsung menunjukkan kepada kita, betapa para pemimpin BN sangat berkemampuan didalam menyelesaikan persoalan yang di hadapi oleh masyarakat, baik di dalam atau saja di luar negara. Tidak pun mereka penyokong pembangkang menyimpan keyakinan terhadap kemampuan pemimpin mereka. Ini jelas, ok.

Sebab kalau tidak, tidak mungkin mereka penyokong politik PR mempersoal dengan begitu rupa hingga mencetuskan perdebatan di antara penyokong, maklum segalanya diletakkan di bahu seorang Perdana Menteri. Tapi bagaimana pula dengan pemimpin pemimpin PR, hanya sesuai sebagai sebagai tukang karut kah.?

PM Najib yang sedang berurusan di luar negara di desak agar cepat pulang, tidak sikit pun ada rasa malu dari kalangan penyokong PR, sedang penyokong pemerintah, tenang jak. Sebab mereka tahu, tidak mungkin PM berdiam diri, sedang beliau mampu memberikan arahan dari masa ke semasa walaupun berada di luar negara.

Yang agak memelikkan tidak pula mereka pembangkang mempersoal kredibiliti pemimpin kesayangan mereka, yang nampak bijaksana tika berhujah tapi keluh bila berhadapan dengan persoalan walaupun kecil.
Terpaksa lah mereka menyalahkan PM Najib Razak yang bertujuan memanipulasi keadaan, supaya mereka dinilai kekal sebagai bijaksana di mata penyokong. Paling tidak berdiri di tengah tengah bencana lepas itu ambil gambar dan viralkan di ruang maya. Selain melancarkan tabung bencana banjir, tanda kononnya prihatin. :-)

Pun begitu sehingga kini masih ada dikalangan mereka yang tetap bersikap sengal, tidak menghargai orang lain, jauh sekali mengakui kelebihan lawan .???

Sudah sudah lah tu, akui saja kelemahan diri pada masa yang sama akui kelebihan BN.


Posted via Blogaway Jals

No comments: