Friday, December 19, 2014

Syed Rosli Dan Memomokkan Kecilnya

Tidak usahlah terlalu bersikap kritikal terhadap kenyataan terbuka Bro Syed Rosli Jamalullail. Apa yang dia nyatakan hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Pasal kenyataan terbukanya agar Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan digantikan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

Kita sedia maklum akan kehebatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, tanpa kepimpinan beliau yang penuh dengan sikap toleransi dan menjiwai kemahuan masyarakat sudah lama BN menjadi pembangkang pada PRU13 yang lepas. Pun begitu, sehebat mana pun seseorang pemimpin pasti ada kekurangannya dan kekurangannya itu akan serba sedikit mengurangkan sokongan terhadap parti atau pemimpin itu sendiri. Ertinya dia layak dipersoal oleh siapapun, namanya juga pemimpin politik.

Dalam mengkritik pemimpin tidak timbul soal kedudukan sebab didalam demokrasi miskin kaya, berpangkat atau tidak bukannya syarat kelayakan bagi membolehkan seseorang itu mengkritik pemimpin. Iya lah undi datang dari semua lapisan masyarakat!

Harus mereka yang berkenaan sedar, mempertahankan PM Najib Razak tanpa sedikit pun menimbulkan persoalan bererti menafikan kemampuan Menteri yang sedia ada sebagai pelapis pemimpin, secara total.

Soal aspirasi parti yang perlu dijaga, maka itu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka, saya ingat masyarakat Malaysia sudah matang di dalam menilai parti politik atau saja pemimpin.

Kalau setakat memomokkan yang datang dari ahli parti terhadap pemimpin agar meletakkan jawatan, saya ingat tidak lah ia memberikan kesan yang mendalam. Kecuali lah kritikan itu menyentuh salah guna kuasa lalu diulas secara tuntas hingga menjejaskan keintegritian satu satu pemimpin.

Masih lagi ingat mengenai konflik jawatan Menteri Besar Selangor. Siapa yang mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid Ibrahim mesti meletakkan jawatan, bukan kah dari kalangan mereka. Dan adakah dengan itu sokongan masyarakat terhadap PR di negeri Selangor telah berkurangan.? Tidak dinafikan, mungkin ada tapi tidak lah sampai menjejaskan kekuatan PR di negeri Selangor. Nampak.?

Pada saya kan, semua ini hanyalah perbezaan kecil di dalam demokrasi. Ada baiknya kita raikannya, semoga dengan ini akan menambah kuatkan organisasi UMNO. Jangan malah mencetuskan permusuhan dikalangan ahli, nanti nampak kita punya kementahan di dalam berpolitik. Seperti mana PKR dan Chegubard serta individu tertentu yang terpalit, dilucutkan dari ahli parti hanya kerana mengkritik kepimpinan PKR. Begitu juga dengan DAP, sikit punya kritik terus kena pecat. Haram jadah punya parti PR, alahai.

Pokoknya PM Najib Razak masih relevan untuk di kekalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Posted via Blogaway Jals

No comments: