Thursday, December 11, 2014

Letakkan Hak Pada Tempatnya. Jangan Takut Dengan Bayang Bayang

Sempena sambutan Human Right Day, sedunia.

Gambar, contoh perbuatan yang takut dengan bayang bayang. Akal tiada, cetek macam air baldi. Kurang itu macam tidak bertuhan, dia ingat semua yang berlaku atas kemampuan fikirnya. Bila takut terlalu menguasai diri akhirnya perbuatan yang baik pun takut untuk dilakukan.

Anda berjaya atau akan jatuh angkara siapa.? bukan kah kerana takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Kudrat yang kita ada hanyalah proses sebelum terjadinya sesuatu perkara. Jadi kalau ingin kekal berjaya, jangan ikut perangai syaitan yang senantiasa berusaha menafikan hak orang lain, hanya kerana takut menjadi ancaman kepada kedudukan.

Hanya manusia yang tidak ada akal dan kurangnya didikan agama yang tidak tahu mengenang jasa, selepas diberikan pertolongan. Jangan lupa di dalam kehidupan, Allah ada di mana mana, yang senantiasa memerhatikan kita. Baiknya perbuatan kita, baiklah juga hasilnya, begitu juga sebaliknya.

Tidak ada satupun manusia di dunia ini yang boleh menghalang takdir Allah, terkecuali anda telah berubah kepada syaitan yang direjam, yang telah berjanji akan menyusahkan umat manusia yang mentaati Allah. Ertinya kalau anda tidak boleh menerima takdir orang lain, anda telah menjadi sebahagian daripada makhluk halus berkenaan.? Baik anda seorang penyokong pemerintah atau saja penyokong pembangkang.

Letakkan hak pada tempatnya.


Posted via Blogaway Jals

No comments: