Thursday, October 9, 2014

Perkhidmatan Mahkamah Syariah Semporna Mengecewakan Masyarakat Semporna.

Kelmarin kan ada seorang pesara kerajaan memaklumkan kepada kita. Bahwa dia tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Mahkamah Syariah Cawangan Semporna.

Katanya, bayangkan seorang kawan datang jauh dari Semenanjung semata-mata untuk berurusan dengan Ketua Jabatan atau saja Hakim di Mahkamah Syariah Cawangan Semporna tapi malang Pegawai/Hakim berkenaan tidak ada di pejabat. Mengikut maklumat umum ketiadaan Pegawai berkenaan tidak hanya berlaku pada hari Isnin tapi hari biasa minggu berkerja jabatan kerajaan.

Hal ini amat merugikan masyarakat Semporna, bukan hanya dari wang ringgit tapi masa, apa lagi kalau individu yang berurusan perlu memohon cuti kerja untuk berurusan. Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat sivil amat berharap agar kebiasaan yang negatif ini dapat dihentikan dengan kadar yang segera.


Posted via Blogaway Jals

No comments: