Semua orang tahu, politik Sabah agak bergolak dan yang menyebabkan ia bergolak ialah kerana adanya pentadbiran negeri yang salah dibawah politik BN.
Lalu harus pihak mana yang membetulkan kebobrokan ini. Adakah pihak pembangkang yang bukan siapa siapa di negeri Sabah.? sudah tentu bukan. Semestinya pergolakan ini dibetulkan oleh politik BN itu sendiri.
Isunya, tapi kenapa ada ramai ahli politik yang berjawatan di dalam organisasi BN/UMNO di negeri ini yang mengambil sikap berdiam. Tidak kah ini menunjukkan kepada masyarakat bahwa kehadiran mereka di dalam politik hanyalah untuk mencari kepentingan diri semata-mata.
Dan begitu bodoh kah masyarakat Sabah yang terpalit hanya tahu menyalahkan pentadbiran Federal dan bukan pentadbiran politik di peringkat negeri.?
Peralihan perlu wujud, tapi kalau tidak berlaku nampak sangat pengamal politik di negeri ini memang memperbodoh alsebab masyarakatnya yang mudah di perbodoh. Berkobar kobar mempersoal politik pembangkang tapi diam bodoh bila kebobrokan datang dari parti politik yang disokong. Itulah politik era ini, betullah kata Albert Einstein, kebodohan tidak bertitik berbanding kebijaksanaan.
Peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah.???
Ingat kalau kuasa politik sudah beralih tangan, amat sukar tu untuk diambil balik. Lihat saja Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan Selangor oleh PR. Adeh
Fahami betul betul, faktor kepada tercetusnya pergolakan politik di negeri Sabah ialah kerana himpitan kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat Sabah itu sendiri. Tuntutan autonomi atau Borneonisasi hanyalah cebisan tapi sengaja diangkat untuk menarik perhatian masyarakat terutamanya KDM STAR.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment