Isu peralihan jawatan Ketua Menteri, persoalan kenapa dan mengapa bukan hanya merujuk pada apa yang di fahami oleh masyarakat umum, yang lebih kepada perbezaan di antara dua kepimpinan tapi lebih daripada itu, iaitu sokongan masyarakat KDM terhadap organisasi BN.
Saya difahamkan, merujuk pada keputusan PRU13 yang lepas tampak sokongan kaum KDM terhadap BN agak menurun sehingga 70%, hanya kerana kesalahan tadbir negeri. Terutamanya dalam hal pengurusan tanah, kepimpinan yang terpalit pula dikaitkan dengan pemilikan tanah hingga mencecah ribuan ekar. Sedangkan ada ramai lagi masyarakat Sabah yang tidak memiliki tanah.???
Itu belum lagi menyentuh kerugian yang dialami oleh syarikat syarikat yang dikawal selia oleh pentadbiran negeri. Ini juga mempengaruhi sokongan masyarakat Sabah terhadap BN.
Jadinya apa keperluannya untuk mempertahankan kepimpinan yang ada sekarang. Sedang yang kita mahukan ialah BN kekal berkuasa sekaligus mengekalkan Sabah sebagai simpanan tetap, maka itu semestinya peralihan yang dicetuskan oleh kumpulan peralihan yang diketuai oleh Jumat Idris ada titik akhirnya yakni Kesinambungannya. Nah kalau tidak berlaku, mengutip kamu kelemahan selepas itu fikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya sampai bila bila.
Ingat ada dua pilihan tu, sama ada wang atau kuasa.?
Kalau peralihan ini terrealisasi, siapa agaknya yang paling layak untuk menggantikan Musa ya.? :)
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment