Tuesday, October 7, 2014

Banjir Di Sabah, Hasil Ketidakcekapan Pentadbiran Negeri

Sepatutnya kan tidak timbul kejadian banjir seperti ini. Maklum pembangunan di area  Kota Kinabalu tu bukan maju mana pun. Tidak lebih dari sekadar  syarat biar kepimpinan tertinggi negeri nampak melaksanakan tanggungjawabnya. Walhal pembangunan yang dirancang hanyalah menguntungkan mereka yang berkenaan hingga melupakan kesan negatif hasil "pembangunan" yang dilaksanakan.

Ada banyak lagi lapangan kosong yang terbiar, terpinggir dari pembangunan dan kalau pentadbiran negeri agak pandai sepatutnya kawasan lapang ini dilengkapi dengan sistem pengaliran air yang sempurna sekaligus mampu menampung lebihan air hujan yang menyumbang kepada berlakunya kejadian banjir seperti mana gambar diatas.

Inilah akibatnya kalau pentadbiran yang ada tidak cekap, macam saja melukis pemandangan yang indah. Tidak boleh dirasa hanya boleh dilihat. Kesannya berlalu begitu saja, malah menyakitkan jiwa. Adeh

Setiap tahun pentadbiran Federal menyalurkan berbilion ringgit bagi menjana pembangunan negeri Sabah tapi apa yang berlaku, pembangunan tidak kemana, kesannya sudah tentu pasti tidak menguntungkan. Bencana banjir berlaku setiap tahun walaupun dengan hujan yang tidak seberapa.

Harus kok pentadbiran negeri Sabah memandang berat isu ini, jangan saja siuk melaksanakan pembangunan batu yang sebenarnya  milik syarikat atau pemimpin tertentu. Keperluan masyarakat diketepikan, lihat sekarang kegiatan ekonomi sudah terjejas dan kalau perkara ini berlarutan  apa lah nanti yang akan di makan oleh masyarakat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang tu. Selain kehadiran murid ke Sekolah yang sudah tentu akan terjejas. Adeh

Ingat, faktor yang menyebabkan Sabah mendapat jolokan simpanan tetap adalah disebabkan oleh sokongan masyarakat Sabah yang tidak berbelah bahagi terhadap BN, nah jangan perlekehkan mereka.

Pemimpin datang dan pergi, organisasi parti yang perlu diperkasakan.


Posted via Blogaway Jals

No comments: